Brunei Darussalam Entry - Jipin Laila Sembah
Kebudayaan Kesenian Kebudayaan Kesenian
175 subscribers
5,320 views
47

 Published On May 22, 2021

JIPIN LAILA SEMBAH

ASAL USUL

Jipin Laila Sembah ialah sebuah tarian tradisional yang dipersembahkan bagi mengalu-alukan kedatangan para tetamu dengan bentuk tarian pergerakan sembah. Pada awalnya, tarian ini hanyalah dipersembahkan untuk kalangan kerabat diraja tetapi sekarang tarian ini dipersembahkan pada khalayak ramai bagi tontonan orang awam.

Tarian ini mempunyai dua pergerakan asas (sembah dan susun sirih) yang sama bagi penari lelaki dan penari perempuan cuma perlu berbalas pergerakan serta diulang-ulang sehingga berakhirnya lagu yang mengiringi tarian. Penari biasanya berpasangan 6 hingga 8 orang.

PENGGUNAAN

Tarian Jipin Laila Sembah ini biasanya digunakan bagi persembahan kebudayaan iaitu sebagai tarian pembukaan selamat datang dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu dari dalam mahupun dari luar negara.

INSPIRASI

Tarian tradisi Brunei Asli.
Koreograf tarian jipin ini diinspirasikan oleh si pencipta tarian ini yang berhubungkait dengan kehidupan dan budaya dengan menggunakan pergerakkan sembah dan juga pergerakkan tangan susun sirih.

show more

Share/Embed