10 Tempat Menarik di Kuantan, Pahang | Kaki Travel
Kaki Travel Kaki Travel
2.75K subscribers
37,961 views
321

 Published On Oct 10, 2022

Kuantan sebenarnya ada banyak tempat menarik yang korang boleh lawati, jadi kali ni kami kongsikan senarai 10 Tempat Menarik di Kuantan yang anda boleh singgah!
.
1. Pantai Balok
Dekat sini korang boleh naik ATV, naik kuda, camping & mandi pantai
.
2. Menara Kuantan 188
Menara tertinggi di Kuantan. Boleh naik atas dan juga kalau nak lebih mencabar boleh cuba aktiviti Skywalk
.
3. Dinosaur Encounter & Zoo Teruntum
Sesuai kalau bawa anak-anak ke sini. Ada banyak patung dinosaur bergerak dan juga haiwan-haiwan hidup seperti kuda belang, rusa dan banyak lagi
.
4. Kuantan River Cruise
Bot ini akan bawa korang menyusuri Sungai Kuantan untuk melihat flora & fauna di kawasan sekitar. Kalau bernasib baik korang akan dapat melihat buaya.
.
5. Air Terjun Pelangi
Air Terjun Pelangi ini terletak di kawasan Sungai Lembing. Nak sampai ke sini perlu menaiki 4WD selama lebih kurang 40 minit dan trekking dalam 30 minit
.
6. Kafe-kafe Hipster
Terdapat banyak kafe-kafe hipster di sekitar bandar Kuantan antaranya Pickers, Tjantek, Kula Cakes, Lena dan banyak lagi!
.
7. Serambi Teruntum
Bazaar tempat untuk anda shopping ole-ole untuk dibawa pulang. Antara yang wajib adalah Sambal Hitam Pahang dan juga Puding Raja
.
8. Kuantan Street Art
Kuantan Street Art ini merupakan spot bergambar cantik di dalam bandar Kuantan.
.
9. Ikan Bakar di Tanjung Lumpur
Tanjung Lumpur sememangnya popuplar dengan pelbagai restoran yang menghidangkan ikan bakar.
.
10. Time Capsule Retreat
Time Capsule Retreat ini terletak di Sungai Lembing. Sesuai untuk anda yang mencari penginapan yang unik.
.
Jadi ini adalah 10 Tempat Menarik di Kuantan yang anda boleh lawati! Kalau ada cadangan lain sila letak di dalam ruang komen. Mungkin di masa akan datang kami boleh ke sana!
.
#kakitravel #Travel #Kuantan #Pahang #TempatMenarikPahang #pahangtourism #travelpahang #SungaiLembing #AirTerjunPelangi #SerambiTeruntum #DinosaurEncounter #KuantanStreetArt #TanjungLumpur #TimeCapsuleRetreat #KulaCakes #PantaiBalok #Kuantan188 #MenaraKuantan

show more

Share/Embed