PANTAI TELUK CEMPEDAK | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG
AddaShuk Channel AddaShuk Channel
10.3K subscribers
944 views
7

 Published On Jul 12, 2024

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Kuantan Pahang iaitu Pantai Teluk Cempedak. Kepada para pengunjung yang datang bercuti ke Kuantan, Pantai Teluk Cempedak adalah salah satu tempat wajib singgah di Kuantan Pahang. So kalau anda datang bercuti di Kuantan, pastikan Pantai Teluk Cempedak termasuk dalam senarai tempat menarik di kuantan pahang yang perlu di lawati.

Adalah menjadi satu kewajipan kalau anda datang bercuti ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak kerana ia adalah antara pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini.

Teluk Cempedak adalah merupakan antara pantai yang paling popular di Pahang. Terletak 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC singkatan kepadaTeluk Cempedak.

TC adalah merupakan salah satu tempat tumpuan pengunjung dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan yang cantik, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan dan menyenangkan

Dipercayai nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulan asal nama pantai cempedak. Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC cukup dikenali dalam kalangan penduduk setempat kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.

Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian, taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle tracking.
Dengan adanya kemudahan rumah rehat/hotel disini, memudahkan bagi mereka yang ingin bermalam disini. Antaranya Hotel Hyatt Regency. Pada musim monsun timur laut bertiup iaitu antara bulan November hingga Mac, aktiviti seperti berkelah dan mandi-manda di laut dilarang sama sekali kerana keadaan lautnya yang bergelora dan berombak besar serta ganas amat berbahaya kepada pengunjung di pantai ini.

Di samping itu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak yang berkuasa menambah lagi daya tarikan para pengunjung. Pelbagai jenis tempat makan turut tersedia kepada pengunjung. Hampir kesemuanya berjenama. Seperti tempat perkelahan yang lain, Teluk Cempedak juga dikunjungi ramai pelancong kebanyakannya dari luar.

Pantai Teluk Cempedak juga tempat mencari rezeki oleh orang-orang tertentu dengan pelbagai cara. Ada yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Ada juga yang melukis dengan pelbagai aksi. Ada juga yang bermain muzik seperti yang saya nyatakan di atas.

Sudah tentu tarikan utama TC adalah pantainya yang cantik dan berpasir putih. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai.

Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung.

Lokasi Pantai Teluk Cempedak
https://maps.app.goo.gl/WoK3gmJGKAK6f...

Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Pahang khususnya, tempat menarik di Malaysia amnya.

Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum...

Ini adalah video vlog ke Pantai Teluk Cempedak, iaitu salah satu tempat wajib singah di Kuantan Pahang, Tempat ini juga adalah tempat menarik di Kuantan Pahang Malaysia.

#telukcempedak #pantaitelukcempedak #tempatmenarikdimalaysia #tempatMenarikDiKuantan #tempatmenarikdipahang

Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee.

Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 30 Pro
https://s.shopee.com.my/6AQl4Y4JZ7

Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4
https://s.shopee.com.my/7zsPG2CFBS

Guna Microphone Saramonic Blink 500
https://s.shopee.com.my/9f0dFAv50v

Video Dron guna DJI Mini 4 Pro
https://s.shopee.com.my/8ABpSSiSd6
Transcript

show more

Share/Embed