Belanjawan 2025: Apa patut kita tahu
Harian Metro Harian Metro
1.31M subscribers
4,980 views
36

 Published On Premiered Oct 17, 2024

Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.

Belanjawan kali ini disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara, selain meneruskan tumpuan terhadap langkah bagi meringankan kos sara hidup, inisiatif khas mengendurkan tekanan hidup M40 di bandar serta menyokong ekonomi rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta B40.

Adakah belanjawan kali ini memperuntukkan belanja lebih besar berbanding tahun lalu? Golongan manakah yang akan mendapat manfaat besar daripada peruntukan negara?

Ikuti Podcast Harian Metro Apa-apa Saja bersama-sama Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Afzanizam Abdul Rashid mengenai apa yang kita perlu tahu mengenai belanjawan negara.


https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024...
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

show more

Share/Embed