Rawatan Serangan Teritip Durian Musang King
D'kebun Andak D'kebun Andak
15.2K subscribers
1,803 views
82

 Published On Apr 22, 2024

#durian #musangking #racunkulat #teknikbusut #d197 #d200 #racunserangga
#pupukorganik

Assamualaikum dan salam sejahtera

Video kali ini memarkan aktiviti saya dalam mengawal serangan teritip dan koya yang menyerang pokok durian musang king dan duri hitam saya. . Kali ini saya mengesan serangan serangga teritip dan kumbang yang agak kuat pada permukaan daun dan pucuk durian saya.. ikuti penerangan dan perkongsan saya dalam video ini bagi menangani maslah tersebut. Selain itu terdapat juga masalah kulat .. Antara penyakit kulat yang biasa menyarang durian adalah seperti hawar daun,hawar pucuk, antarknos/antraknosa dan hawar seludang. Selain itu juga terdapat juga serangan kulat pada bahagian akar dan batang..

Teritip daun atau Scale Insect sejenis serangga yang menghisap cecair dibawah daun. Musim hujan penyakit ini biasa menyerang tanaman durian. Jika dibiarkan daun akan dipenuhi biji-biji yang timbul dibawah liang stomata, seterusnya kekuningan dan akhirnya gugur meninggalkan dahan-dahan pokok

Solusi segera untuk rawatan ini antaranya mengunakan white oil, selain itu boleh mengunakan Abamectin 1.8 EC. Pesticide ini adalah cecair hitam pekat yang paling handal melawan serangga selepas Imidacloprid. Aplikasi penggunaan racun serangga Abamectin ini dengan hanya semburan pada bawah daun di hujung petang. Kesannya awal kurang lebih tempoh 24Jam sudah kelihatan biji-biji dibawah daun menjadi hitam menandakan serangga ini mati kerana tindakbalas sentuhan & racun perut Abamectin.

Jika serangan serangga ini begitu kritikal, boleh selangseli dengan bahan aktif "cypermethrin + clropyrifos" laitu racun 505. Racun ini digunakan ketika hujung petang jua supaya daun tidak lecur. Sembur selang seli dengan Abamectin 2minggu sekali.

Moga membantu dan bermanfaat! 😊

Antara video2 yang pernah dikeluarkan dalam mengawal penyakit kulat adalah pada seperti di bawah untuk rujukan tuan puan.

Mengenali penyakit kulat durian dan cara rawatanya
   • Mengenali penyakit kulat durian dan c...  

Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi racun kulat dan serangga ini
   • Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi ...  

SOP Wajip penanam durian. Cara mengenal penyakit durian dan rawatan kanker batan
   • SOP Wajip penanam durian. Cara mengen...  

Biasanya pada musim hujan pokok akan menerima pelbagai jenis penyakit, keadaan yang lembab ini mengundang penyakit kulat iaitu hawar daun di mana kebiasaanya serangan ini berlaku pada bahagian pucuk daun muda, kesannya ialah daun yang muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Langkah untuk menyelamatkannya adalah dengan mencari racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.

Ada juga yang mengalami masalah penyakit kanker batang. Penyakit ini perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat yang dibancuhkan dengan air. Bancuhan tersebut perlu disapukan pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan dua kali dalam sebulan. Sebelum sapukan racun kulat tersebut, bahagian batang yang dijangkiti itu perlu dikikis dan dirawat terlebih dahulu. Bancuhan racun kulat yang anda dapatkan di nursery yang berdekatan, pastikan bancuhan yang anda lakukan itu mengikut kadar yang telah ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit. Jika ada pokok durian anda yang mengalami penyakit ini dengan kritikal, pokok tersebut perlu dimusnahkan secepat yang mungkin dengan tujuan mengelakkan penyakit berjangkit dengan pokok bersebelahan. Apabila musim berbuah telah tiba, pastikan anda tidak membiarkan buah yang rosak dan pecah berhampirang dengan pokok durian.

Mengapa perlu lakukan seperti berikut? Dengan tujuan untuk mengelakkan buah yang rosak dan pecah tersebut menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.

Ada ranting yang telah mati? Ada ranting yang mengalami masalah serangan serangga? Apa yang anda perlu lakukan? Langkah yang terbaik adalah anda perlu membuat aktiviti pemangkasan dahan atau ranting yang telah mati tersebut..


Salah satu benda yang anda kena ambil serius semasa durian membesar adalah kawalan serangga perosak. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa musuh durian. Antaranya:

1. Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang-lubang. Antara racun serangga yang digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos.

2. Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yang digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure.

3. Koya (Pseudococcus sp) iaitu sejenis serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Dimethoate, white oil & Malathion.a

show more

Share/Embed