Banyak Dahan Jadi Mangsa! Pruning Musang King Kali Pertama
Tok Alang Channel Tok Alang Channel
65.7K subscribers
76,366 views
1.5K

 Published On Aug 9, 2021

Pruning / pemangkasan kali pertama sangat kritikal dan penting. Kali ini saya tunjukkan Bagaimana untuk pruning pokok durian Musang King kali pertama. Pemangkasan (pruning) pohon durian sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan penanam & pekebun durian. Dalam video ini saya kongsikan teknik saya memangkas pokok durian. Ia sangat mudah, berkesan dan mantap. Pohon durian yang dipangkas dengan baik & betul akan kuat, besar, rendang dan cepat berbuah. Insyaallah...

Berikut adalah bacaan tentang pemangkasan yang dipetik daripada FB Monthong Thani:
Pemangkasan sangat penting utk pokok durian. Perlu dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang. Di Thailand, pokok durian dibuat pemangkasan untuk mencapai tinggi maksimum sekitar 7 meter utk semua pokok. Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat.

Tujuan utama pemangkasan ialah:
1. Membentuk dan mengawal pembentukan pokok. Dengan Membentuk batang & dahan utama.
2. Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
3. Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
4. Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
5. Mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.
6. Membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
7. Membentuk cabang-cabang pokoka seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
8. Mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
9. Mudah pengurusan rawatan pokok dari penyakit.
10. Penggunaan baja yg optimum utk pokok.
11. Mudahkan pengurusan hasil.

Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:

   • ALL ABOUT DURIANS  

Maklumat asas:

Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D145 - Beserah
11 - Telur Buaya - Puangmanee
12 - D214 - Tupai King, Tupai 226
13 - Tekka

Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹

show more

Share/Embed