Program Sentuhan Kasih Siswa UPNM Prihatin 2022
Majlis Perwakilan Pelajar UPNM Majlis Perwakilan Pelajar UPNM
852 subscribers
168 views
7

 Published On Apr 25, 2022

Sentuhan Kasih Siswa UPNM Prihatin merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 23 April 2022 yang bertujuan untuk menyalurkan sumbangan daripada seluruh warga UPNM kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Kutipan sumbangan daripada warga UPNM termasuk pelajar dan staf berlangsung selama seminggu secara atas talian dan juga usaha menggerakkan tabung fizikal juga dijalankan. Dalam usaha murni ini, ramai warga UPNM memberi sokongan dan tindak balas baik terhadap program ini dengan menghulurkan sumbangan.

Selain sumbangan wang tunai, sumbangan bahan makanan kering juga turut disalurkan oleh staf dan pelajar seperti Kuih raya, biskut dan makanan kering. Program ini terinspirasi daripada Dato' Hasagaya Naib Canselor UPNM seiring dengan bulan mulia Ramadan kali ini yang menginginkan kelainan dari barisan MPP UPNM. Sehubungan dengan itu, seluruh tenaga 13 orang pelajar mewakili MPP UPNM bersama merangka program Sentuhan Kasih Siswa UPNM Prihatin dalam baki beberapa hari Ramadan yang tinggal bagi membantu keluarga yang kesusahan sempena perayaan Aidilfitri 2022 ini. Pergerakan penghantaran sumbangan ini akan disertai oleh 20 peserta termasuk MPP UPNM dan Subordinat MPP UPNM ke 4 buah keluarga di 3 negeri serata negara termasuk Kedah, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan.

show more

Share/Embed