Sayu dan sebak bertemu dengan Wan Hamat Syukri
ARMIN BANIAZ PAHAMIN ARMIN BANIAZ PAHAMIN
8.22K subscribers
447 views
14

 Published On Sep 27, 2022

Saya diperkenalkan kepada keluarga Wan Hamat Syukri oleh seorang sahabat lama, Wan Murazni atau lebih dikenali dengan gelaran PokDIk di Kota Bharu.

Keluarga ini telah mengharungi pelbagai ujian dan dugaan yang amat menyedihkan. Saya dan rakan-rakan masih terbayang wajah Syukri dan kami berasa bersyukur dengan apa yang kami ada.

Abang sulungnya telah meninggal dunia di usia muda ketika masih belajar tingkatan 5 kerana jatuh ketika memanjat bumbung untuk membaiki rumah.

Adik perempuan pula orang kurang upaya (down syndrome) dan lebih menyayatkan hati apabila bertemu dan melihat keadaan Wan Hamat Syukri. Syukri jatuh semasa panjat pokok kelapa demi mendapatkan air kelapa muda untuk anak kecilnya.

Peristiwa tersebut berlaku pada hari ke 2 PKP. Semenjak kemalangan itu, Syukri lumpuh semua anggota badan dan tidak boleh bercakap.

Semasa kejadian, isterinya sedang hamil anak ke 4. Ibunya pula seorang warga emas yang tidak bekerja.

Adiknya Wan Hamat Yazmi tidak dapat bekerja kerana menjaga abangnya yang memerlukan penjagaan rapi setiap masa. JAIK dan Jabatan Kebajikan juga ada memberi bantuan tetapi tidak mencukupi.

Saya merayu kepada semua seikhlas hati, tolong dan bantu Wan Hamat Syukri dengan menyumbang terus ke bank akaun Ibunya seperti butir-butir berikut. Kalau ada yang ingin melawat, boleh juga pergi ke rumahnya di Kampung Langgar, Kota Bharu.

Nama (Ibu Syukri): Limah binti Ismail
Bank: Bank SImpanan Nasional (BSN)
Bank Akaun: 0311129852380529

Alamat: 4044, Lorong Che Majid, Jalan Langgar, 15150 Kota Bharu Kelantan.

Semoga Allah membalas jasa-jasa dan sumbangan serta murah dan mudahkan rezeki semua yang menyumbang. Derma lah seikhlas hati. Tiada nilai yang terlalu kecil. Kalau perlu maklumat lanjut, boleh menghubungi saya. Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusan keluarga Syukri.

Masalah kita terasa teramat kecil berbanding dengan dugaan yang dihadapi oleh keluarga Syukri. Apabila kita bergaul dengan umum, barulah kita dapat mendalami isi hati dan keperluan mereka.

Ikhlas,
Armin Baniaz Pahamin

show more

Share/Embed