Hang Tuah Bukan Orang Melaka? | Pameran Hang Tuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024
WAKJAY CHANNEL WAKJAY CHANNEL
11.1K subscribers
46,408 views
502

 Published On Jun 26, 2024

Kerajaan Melaka menganjurkan Pameran Lagenda Hang Tuah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama sebulan sehingga 10 Julai sempena sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
"Istimewanya, pameran ini akan mempamerkan kira-kira 20 penemuan artifak dan 20 manuskrip serta penulisan hasil kajian yang dilaksanakan termasuk replika meriam terbesar zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu 'Peca de Malacca' yang ditemui di Muzium Militari Lisbon, Portugal.

"Pameran tersebut juga akan dibahagikan kepada beberapa galeri utama iaitu Galeri Zaman Keagungan Kesultanan Melaka; Galeri Hang Tuah dalam beberapa seksyen termasuklah asal usul dan riwayat hidup, karakter atau ciri-ciri khas Hang Tuah, pelayaran Hang Tuah di seluruh dunia, filem Hang Tuah dan manuskrip hikayat Hang Tuah pelbagai bahasa.
Antara artifak dan bahan sejarah yang bakal dipamerkan kepada pengunjung, termasuk hasil penemuan terbaru mengenai pahlawan Melayu itu.

show more

Share/Embed