Warga Indonesia Dibaham Buaya Ketika Menjala Di Sg Lobak Stoh, Lundu Sarawak.
Orang Kampung Orang Kampung
33.8K subscribers
116,520 views
863

 Published On Mar 7, 2021

Seorang lelaki warganegara Indonesia dikenali Ridwan Bin Jayadi berusia 25 tahun dilaporkan dibaham buaya di Sungai Lobak Stok, Rambungan ketika menjala. Mayat mangsa telah berjaya dijumpai oleh pasukan SAR di kawasan Sungai Lubok Kertang.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki kanan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. Ketika kejadian berlaku, mangsa di katakan hanya menggunakan boxer sahaja.

Hasil maklumat awal, Mangsa di katakan turun ke sungai di belakang rumah untuk menjala ikan bagi tujuan mencari ikan dan udang untuk di jadikan umpan memancing dan menurut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa mengadu bahawa jala tersangkut dan mangsa kemudian turun ke sungai untuk membuka jala tersebut dan saksi melihat mangsa telah di baham buaya semasa mangsa cuba membuka jala. Menurut saksi paras air semasa kejadian hanya separas lutut sahaja.

Badan mangsa dilaporkan ditarik ke dalam sungai dan 20 minit kemudian buaya tersebut timbul semula bersama mangsa masih di mulutnya tidak jauh dari tempat mangsa disambar. Kawan mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis dan Operasi Search & Rescue dijalankan segera bersama pihak JPAM, PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu.

Sila tonton juga beberapa video menarik di channel ini.

1.    • Video  

2.    • Operasi Menangkap Buaya Ganas  

3.   / @orangkampung5901  

4.   • Operasi SAR Hari Ke 2, Buaya Muncul D...  

5.   • Buaya Ganas Menyambar Nelayan Di Atas...  


Jangan lupa juga untuk Subscribe, Like dan Share video-video di channel ini.

Terima Kasih.


(Sumber diperoleh dari page Sarawak Edition.)

show more

Share/Embed