🔴 [LIVE] BAYU SUMORIBAU SPM SIRI 19 :BM - 1 OLEH CIKGU IVI,MAKTAB SULTAN ISMAIL,KOTA BHARU,KELANTAN
Cikgu SOBE Cikgu SOBE
14.9K subscribers
3,928 views
147

 Published On Streamed live on Jan 9, 2024

BAYU SUMORIBAU SPM SIRI 19 : BAHASA MELAYU -1
SUKARELAWAN : CIKGU IVI MARLINDA DAUD
MAKTAB SULTAN ISMAIL,
KOTA BHARU, KELANTAN
1.0 TAJUK program
PROGRAM BASED ACTION YOUTUBE UTMOST (BAYU):
SUMORIBAU SPM 2023

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Inisiatif ini adalah dilaksanakan di bawah Program TaskForce(TF) Eduinfluncer yang bernaung di bawah Pelan Strategik Organisasi Sektor Pembelajaran PPD Kudat yang bermatlamat untuk meningkatkan prestasi kemenjadian murid dalam aspek akademik, terutamanya di peringkat SPM. Program ini juga mendapat sokongan padu daripada Pasukan Pengetua daerah Kudat yang senantiasa proaktif dalam pembangunan kemejadian murid di sekolah. Inisiatif ini juga tercetus kerana adanya jalinan dan jaringan merekayasa program peningkatan akademik khususnya dalam SPM bersama Pegawai SISC+ dari PPD Kudat, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran dan PPD Ranau, Sabah melalui Program BAYU HOTSPOT SPM pada tahun 2022. Sehubungan itu, program ini adalah kesinambungan daripada BAYU HOTSPOT 2022 yang telah mendapat sambutan dan permintaan yang amat tinggi daripada pelbagai pihak, khasnya warga Pendidikan berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan. Bezanya, kali ini program ini akan ditadbir urus sepenuhnya oleh Sektor Pembelajaran PPD Kudat, Sabah dengan bantuan jaringan dan jalinan sedia ada. Terdapat 6 PPD yang bernaung di bawah JPN Sabah yang turut terlibat dalam jaringan melalui kerjasama rakan strategik dalam program kali ini yakni PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran, PPD Papar, PPD Ranau dan PPD Telupid/Tongod.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM
1.BAYU (Based Action Youtube Utmost) SUMORIBAU SPM 2023 merupakan platfrom digital melalui YouTube yang digunakan oleh guru sukarelawan (Guru Cemerlang dan guru pakar) untuk melaksanakan bimbingan secara online kepada calon SPM 2023 khususnya di PPD Kudat, amnya di seluruh negara.

2.Platform yang efektif, berkos rendah dan mudah dicapai menggunakan pelbagai alat komunikasi (telefon bimbit, komputer riba dan televisyen pintar) serta boleh dirujuk berulang kali melalui saluran YouTube.

3.Pelantar perkongsian amalan terbaik, bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan yang menyokong pelaksanaan Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) khususnya dalam daerah Kudat dan amnya di seluruh Malaysia yang mudah diakses, jimat kos, tenaga dan masa perjalanan.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 09 Januari 2024
Masa : 8:00PM - 10:00PM
Lokasi : Tempat masing-masing.
Pelantar: YouTube
Pendekatan : e-Coaching (Bimbingan Atas Talian)

5.0 SASARAN PROGRAM
Semua calon SPM 2023, guru-guru dan warga pendidikan di daerah Kudat, Sabah dan secara amnya di seluruh Malaysia.

Sila rujuk jadual terkini di pautan link : https://docs.google.com/presentation/...

show more

Share/Embed