Donut Red Velvet Gebu Dan Lembut TANPA TELUR | Ada Bahan Rahsia Menjadi Sedap
Dayang Suri Dayang Suri
107K subscribers
22,909 views
333

 Published On Nov 8, 2022

Assalamualaikum, hai semua!

Kali ini Dayang nak kongsikan resepi yang tengah viral sekarang ni iaitu Donut Red Velvet yang sangat SEDAP...

Donut ni mempunyai warna merah yang sangat cantik, seakan akan merah hati, selain itu teksturnya juga gebu dan lembut seperti span...

Resepi diberi dalam sukatan cawan dan paling penting tanpa telur tau. Telur sekarang dahla susah nak jumpa,lepas tu harga semakin mahal,jadi resepi ni sesuai sangat kalau nak buat untuk berniaga sebab kos tak tinggi pun... Bahan- bahannya juga mudah didapati jadi bolehla cuba buat sendiri kalau teringin nak makan sendiri atau nak buat jual pun boleh...

Menariknya, ada satu bahan yang dimasukkan untuk menyedapkan lagi donut red velvet ni, bila masukkan bahan ni rasa donut lebih sedap dan beraroma, jadi jommm tengok video sampai habis untuk tahu apa bahan rahsia tu ya..

Bahan A
1 1/2 sb gula pasir
1 1/2 sb gula pasir
1 st yis kering
3/4 cawan air suam

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st Red Velvet Emulco
2 sb marjerin
1 st garam halus
*satu lagi bahan rahsia boleh tengok kat video ye

TIPS

1) Panaskan api,bila minyak cukup panas terus kecikkan api sebab nak goreng donut dengan api kecik saja supaya gorengan masak sekata dan cantik.
2) Balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya donut tak serap minyak,lebih kurang seminit setiap belah tu okay.

Lebih tips dan info,sila tonton video sampai habis,lepastu bolehla LIKE,KOMEN DAN SHARE jika bermanfaat dan sebagai tanda sokongan,terima kasih semua.

#resepidayangsuri #donutgebu #donutredvelvet #donut #resepiviral #redvelvet

show more

Share/Embed