7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR
Uncle Andrew Uncle Andrew
17.9K subscribers
51,752 views
1K

 Published On Oct 3, 2021

7 Langkah Bina Kabinet Dapur

Tahniah diucapkan buat anda yang baru sahaja menerima kunci rumah baru atau yang baru selesai renovation. Pastinya perkara pertama yang difikirkan adalah berkenaan dengan binaan dan tempahan kabinet dapur.

Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan 7 langkah utama yang perlu di buat untuk menghasilkan sebuah kabinet dapur yang menarik. Sebelum membuat tempahan binaan kabinet dapur, pastikan anda fahami 7 langkah utama. Langkah ini penting supaya kabinet siap di pasang selaras dengan apa yang anda impikan.

Teruskan menonton untuk memahami setiap langkah yang perlu dilakukan sehingga selesai pemasangan kabinet di rumah anda. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan diruangan komen.

Okey langkah pertama adalah mengukur. Langkah ini diperlukan jika anda tidak mempunyai sebarang perincian yang lengkap untuk pelan rumah. Jadi, ukuran ruang akan diambil untuk pemasangan kabinet terlebih dahulu untuk menilai saiz kabinet yang diperlukan.

Daripada pengukuran ini, sebut harga akan diberikan berpandukan saiz yang sudah diukur. Faktor utama harga sebuah kabinet adalah berpandukan saiz dan bahan yang dipilih.


Langkah kedua, perancangan. Untuk susun atur yang sempurna, zon memasak, ruang sinki dan peti sejuk hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai mengikut segi tiga kerja dapur. Sebagai contoh, ruang sinki perlulah mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1 kaki dengan perkakas dapur atau elektrik. Zon penyimpanan barang atau peti sejuk pula tidak terlalu jauh dengan zon kerja-kerja di dapur.

Dalam perancangan ruang kabinet dapur, faktor utama yang perlu diambil kira adalah ruang pergerakan dan peredaran yang mencukupi. Anda perlu mendapat pandangan terlebih dahulu untuk saiz minimum dan maksimum setiap ruang yang diperlukan.

Pastikan anda minta pendapat dan pandangan dari yang pakar terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran dan dapat memanfaatkan ruangan sepenuhnya. Utamakan kedudukan point penting di dapur seperti sinki, dapur masak dan peti sejuk.

Langkah ketiga, reka bentuk. Reka bentuk susun atur dapur akan menentukan aliran dan pergerakan ruang dapur. Mengambil kira corak kerja untuk setiap fungsi ruang. Setiap bentuk yang dihasilkan adalah mempunyai fungsi yang tersendiri. Oleh itu, anda perlu tahu jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam setiap ruang kabinet untuk memudahkan reka bentuk kabinet dihasilkan.




Langkah keempat, lukisan Perincian 2D atau 3D akan diberikan sebelum tempahan cabinet dilakukan, lukisan terperinci 2D akan disiapkan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kedudukan dan ukuran setiap saiz kabinet. Pastikan sebelum sampai ke langkah ini, anda sudah pun mempunyai saiz peti sejuk, sinki, dapur masak, penyedut asap, oven, microwave dan semua perkakas elektrik yang ingin muatkan bersama di dalam kabinet dapur.

Langkah kelima, merancang material yang hendak digunakan. Setiap material mempunyai kesan rekaan yang berbeza. Sebagai contoh, di bahagian sinki lebih sesuai menggunakan bahan yang kalis air seperti Aluminium. Manakala di ruang yang tidak terdedah dengan air boleh menggunakan bahan daripada Melamine. Pilihan ini boleh menjimatkan kos berbanding anda menggunakan bahan 100% kalis air untuk kabinet dapur anda.

Untuk mengelakkan kesilapan pemilihan material, dapatkan nasihat dan rundingan daripada yang pakar. Apa yang penting adalah untuk meminimumkan kos dan memanjangkan jangka hayat kabinet dapur idaman anda.

Langkah keenam, sediakan ruang penyimpanan dalam keadaan yang teratur dan sistematik. Ruang penyimpanan yang kerap digunakan hendaklah di letakkan pada level yang mudah di capai untuk memberi kesan aliran yang sempurna. Sebaliknya untuk barang yang kurang di gunakan boleh di letakkan pada level yang tinggi. Jika mempunyai ruang kabinet dapur yang cukup, manfaaatkan aksesori kabinet dapur untuk setiap ruang.

Akhir sekali, langkah ketujuh adalah memberi ruang dapur anda sentuhan terakhir yang sempurna dengan kelengkapan kabinet yang betul. Tempoh tempahan atau pemasangan cabinet bergantung pada kuantiti saiz kabinet dapur rumah anda.

Membina dapur idaman bukan suatu perkara yang mudah bahkan ianya tidaklah sesusah yang dijangka. Jom kongsi pengalaman ada dalam menempah kabinet dapur dengan Uncle Andrew pada ruangan komen dibawah.

show more

Share/Embed