Bandar Gua Musang, Kelantan (4k)
Fawwaz Media Fawwaz Media
27K subscribers
7,217 views
118

 Published On Dec 9, 2022

Bandar Gua Musang, Kelantan

Gua Musang merupakan salah satu jajahan Kelantan. Gua Musang terletak di selatan Kelantan, Malaysia. Jajahan Gua Musang dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang.

Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Terdapat juga beberapa gua dan lata yang menjadi tarikan pelancong seperti Gua Madu dan Gua di Chiku 2.

Sejak pasca banjir besar 2014, semakin rancak pembangunan dijalankan di Gua Musang. Antara yang menjadi perhatian ialah Masjid Buluh Gua Musang yang mana majoriti binaannya dihasilkan daripada buluh. Masjid tersebut mula dibina sekitar tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada penghujung 2019.Secara tidak langsung, masjid ini seolah-olah mengahdap ke arah Masjid Razaleigh kerana arah kiblat yang selari.

Masjid Razaleigh yang baharu merupakan hasil cetusan aneh Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang dibina di tapak baharu (sebelum ini merupakan tapak balai polis lama) setelah mendapati masjid lama telah uzur dan sering ditenggelami banjir. Masjid ini mengambil senibina Masjidil Haram (walaupun tidak sesempurna masjid asal). Projek pembinaan dimulakan pada 2016 dan dibuka pada Mac 2022 selepas PKP.

#guamusang #kelantan #malaysia #fawwazmedia
-----------------

Eagle
by FSM Team
Music by https://www.free-stock-music.com

show more

Share/Embed