Dokumentari Mamahui Pogun Dusun Lotud Tuaran Full Version
Francis Maluda Francis Maluda
12K subscribers
16,517 views
337

 Published On Oct 24, 2020

Sila SUBSCRIBE channel ini untuk mendapat video terkini

Masyarakat Kadazandusun yang dianggap dan dipercayai sebagai penduduk asli di negeri
Sabah sejak lama dahulu (Dayu Sansalu, 2008:28-29) telah lama mengamalkan budaya
memelihara alam sekitar. Masyarakat ini menterjemahkan pemeliharaan alam sekitar melalui
kepercayaan mereka iaitu animisme. Anak masyarakat Kadazandusun sejak kecil lagi telah
dididik secara tidak formal tentang kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada kuasa luar
biasa yang dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan, sungai, laut, gunung, gua, banir, pokok, batu-batu,
tanah dan haiwan yang dinamai penunggu. Mereka diajar bahawa alam ini dihuni pelbagai
semangat dan makhluk halus yang baik dan jahat. Semangat dan makhluk halus ini berkeliaran
dan menunggu masa yang sesuai untuk mempengaruhi manusia dengan cara mendatangkan
penyakit, kecelakaan, malapetaka atau sebaliknya. Ajaran seperti ini membantu masyarakat
Kadazandusun untuk tidak merosakkan alam semulajadi dengan sewenang-wenangnya kerana
ketaatan terhadap kepercayaan animisme. Untuk membuka tanah baru, mengambil isi sungai,
laut, hutan dan seumpamanya, ritual yang melibatkan bacaan rinait (mantera) perlu diadakan.
Penunggu segala isi alam semesta (supernatural) mesti dirayu, disanjung, dipuja malah disajikan
dengan makanan dan percikan darah agar tidak mengganggu dan membinasakan manusia. Antara
kepercayaan dan amalan masyarakat Kadazandusun dalam memelihara alam sekitar ialah amalan
patod, mamahui pogun, mongulat dan monutud do tumo, mangalit, bombon atau tagal,
momirot,dan mononduk.

Dalam video dokumentari ini menceritakan acara upacara Mamahui pogun. Video ini dibuat dengan dana FINAS - Eye On Borneo pada tahun 2011.

show more

Share/Embed