Panorama Jaguh Laut
Panorama RTM Panorama RTM
6.62K subscribers
63,219 views
305

 Published On Jun 11, 2015

Panorama menerokai keindahan Semporna yang terletak di timur negeri Sabah dengan mendekati kehidupan masyarakat Bajau dan Palauh. Semporna memiliki taburan kepulauan yang indah dan sering menggamit kehadiran pelancong dari seluruh dunia untuk menyaksikan kejernihan air lautnya dan spesis marin terutamanya di Pulau Sipadan. Bagi mendekati etniik nomad yang digelar Palauh, Panorama mengikuti kehidupan Nambil dan keluarganya menjalani hidupan sebagai nelayan. Kehidupan mereka sangat sederhana namun diwarnai dengan pelbagai rencah kehidupan yang begitu unik untuk dikongsikan dengan para penonton program Panorama.
Selain mendekati kehidupan harian etnik Palauh, krew Panorama juga mendekati kaedah menangkap ikan yang amat unik dengan menggunakan teknik pernafasan cara semulajadi dan memburu ikan di celah karang. Air yang jernih memberi kelebihan pada Nambil dan anak-anaknya memburu “hidupan laut”.

show more

Share/Embed