Puding Roti Kuah Kastard Meleleh
EasyBakeLab EasyBakeLab
35K subscribers
1,757 views
56

 Published On Feb 20, 2021

Jom Layan Puding Roti Kuah Kastard Meleleh #CaraCikDyg​​​​​ comfirm tak muak.

Silakan Share
.
Jom ke group Telegram CikDyg utk resepi lengkap
.
https://t.me/CikDayangZuhaila​​




BAHAN-BAHAN PUDING ROTI:
Roti 10-12 keping
500ml susu full cream
3 biji telur (gred B) - kalau guna (gred A) 2 biji sahaja
85g gula kastor (ikut kemanisan sendiri)
30g butter (dicairkan)
1 tsp esen vanilla
1⁄4 tsp garam
Buah cranberries @ kismis @ blueberry @ prune (ikut kesukaan anda)

CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI :
1. Masukkan susu full cream, telur ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan pula gula, garam dan kacau sehingga larut.
3. Cairkan butter dalam microwave @ kaedah double boil dan tuangkan ke dalam
adunan di atas.
4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Kemudian masukkan roti sambil koyakkan roti kecil-kecil. Kacau sehingga sebati dan
adunan meresap pada roti.
6. Masukkan buah-buahan kegemaran anda dan kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan butter yang dah dicairkan dan kacau sebati.
8. Sapukan loyang bersaiz 10x10inci dengan butter. Kemudian tuangkan adunan puding
ke dalam loyang. Taburkan kacang badam, coklat cip mengikut kesukaan anda.
9. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 200c selama 1 jam. Bergantung
pada oven masing-masing.

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :
1 tin susu cair (susu carnation)
1⁄2 tin air (gunakan tin susu cair)
75g sudu besar gula kastor (ikut kemanisan sendiri)
1 tbsp tepung kastard
1 tbsp besar tepung jagung
30g sudu besar butter

CARA-CARA MEMBUAT SOS KASTARD :
1. Masukkan susu, air, gula ke dalam kuali. Kemudian masak sehingga larut dengan api sederhana. Biarkan mendidih.
2. Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air terlebih dahulu. Kemudian tuangkan ke dalam kuali sambil kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Masukkan butter dan kacau sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
4. Tutupkan api dan biarkan sejuk.

show more

Share/Embed