Buah naga.. tip tanam buah naga dengan teknik yang mudah.
D'kebun Andak D'kebun Andak
15.2K subscribers
12,739 views
245

 Published On Nov 15, 2021

#buahnaga #pokoknaga #caratanam #tip

Buah naga adalah tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan termasuk di dalam keluarga kaktus. Terdapat tiga jenis iaitu buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah naga isi merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga kuning (Selenicereus megalanthus).

Buah naga adalah sumber makanan berkhasiat yang semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Walaupun ia buah eksotik, buah naga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Mari kita lihat panduan asas untuk menanam buah naga ini:

Keperluan Asas Tanaman

Iklim: Suhu sekitar 20 hingga 30 darjah celcius dengan sekurang-kurangnya 7 jam sinaran matahari

Taburan hujan: antara 500 – 1,500 mm

pH : 6-7

Jenis tanah : tanah berpasir dan tanah loam berpasir terutama yang kaya dengan bahan organik

Penyediaan Kawasan

Lubang perlu ditabur kapur + baja organik + baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) dengan nisbah 2 tan kapur: 1.25 kg/h: 50 gram/pokok CIRP pada setiap lubang sebelum proses penanaman.

Persekitaran yang tidak mempunyai lindungan.

Saiz lubang ialah 45 cm x 45 cm x 60 cm (kedalaman).

Tiang sokongan berukuran 1.8 m x 12 cm x 12 cm ditanam sedalam 60 cm.

Jarak tanaman tiang sokongan ialah 3.3 m x 3.3 m dan para perlu ditempatkan pada setiap tiang sokongan.

Pastikan tanah digembur sekeliling tiang seperti busut kecil sesudah tiang ditanam.

Penyediaan Anak Benih

Semaian biji

Ambil biji buah naga daripada buahnya.

Keringkan di atas bekas bersesuaian.

Semai biji benih di atas kertas/tisu lembab dan tunggu sehingga bercambah.

Sediakan campuran tanah lembut dengan baja kompos 1:1 dan taburkan benih yang telah bercambah pada media tanaman.

Tutup dengan tanah halus dan perlu disiram secara berkala. Tunggu hingga cukup besar untuk dialihkan di polibag.

Keratan batang

Keratan batang perlu dikeringkan di tempat yang kering udara selama dua minggu.

Keratan berukuran 30 cm–60 cm.

Potong secara melintang (clean cut) dan rata bersih (tanpa luka) dan potongan mesti licin dengan menggunakan parang yang tajam.

Sekiranya ladang mempunyai dua varieti, rawatan hendaklah dilakukan secara berasingan bagi mengelak berlakunya percampuran. Pelabelan perlu dibuat bagi menunjukkan bahagian atas (pucuk) atau bawah (akar).

Selepas masa pengeringan keratan akan ditanam ke dalam polibeg sebelum ditanam ke ladang apabila tunas dan akar telah keluar. Keratan boleh juga boleh ditanam secara terus ke ladang

Penanaman di Ladang

Jarak tanaman adalah 3 m X 2.5 m bagi setiap perdu.

1 tiang konkrit akan ditanam dengan 3-4 batang anak pokok dan dibiarkan menjalar mengikut tiang.

1 hektar = 1250 tiang konkrit sebagai sokongan.

Pangkal keratan yang telah berakar ditanam sedalam 5 cm dalam tanah.

Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.

 Pemangkasan

Cantasan dibuat dengan menggunakan gunting dan biarkan empat atau lima cabang pada setiap dahan.

Sulur air (stem) yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar dengan baik.

Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukan seimbang di atas para sahaja dipilih. Dahan yang menegak keluar daripada para hendaklah ditinggalkan.

Dahan yang telah cukup panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah dan tidak produktif lagi perlu dipangkas supaya tidak bersaing dengan dahan muda dalam mendapatkan makanan.

Kanopi pada pokok jangan terlalu rimbun dan hendaklah dilakukan pangkasan mengikut bentuk tengah terbuka (open centre).

Kerja pencantasan perlu dibuat secara berkala untuk menjamin pengeluaran hasil tidak terjejas.


Pengairan

Pokok naga adalah jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Walaubagaimanapun pokok naga amat perlu penyiraman air bagi mempercepat pemanjangan ruas dan pokok meninggi terutama pada musim panas.

Pengurusan Perosak dan Penyakit

Bakteria Xanthomonas campestris 

Simptom: Penyakit batang reput (stem rot).  Simptom penyakit ini kelihatan pada batang dan dahan yang mempunyai lesion berpusar yang mengeluarkan cecair busuk dan berlendir.

Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

show more

Share/Embed