Sorotan Video Sidang Kemuncak dan Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023
PEMIMPIN GSL PEMIMPIN GSL
742 subscribers
318 views
3

 Published On Jan 18, 2024

Pada 4 dan 5 November 2023, PEMIMPIN GSL telah berjaya menjalankan Sidang Kemuncak dan Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize (MTP) 2023 yang julung kali diadakan. Acara ini dihadiri oleh 735 orang individu yang pelbagai latar belakang termasuk guru, pelajar IPG, pegawai PPD/JPN/KPM, ahli NGO dalam bidang pendidikan serta orang awam. Sewaktu sidang kemuncak, para hadirin boleh menyertai ucaptama, sesi panel serta bengkel amalan bilik darjah yang dijalankan oleh 10 Finalis Teratas MTP 2023.

Acara ini disempurnakan oleh Majlis Anugerah yang dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina binti Sidek, di mana Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli dari SK Long Sebangan diumumkan sebagai Pemenang MTP 2023 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000.

show more

Share/Embed