Video Khas Perpisahan Pengetua Puan Haslinda binti Haji Jedi - SMK Dato Permaisuri 2020 ᵖᵃʳᵗ ²
VD Pengajar VD Pengajar
377 subscribers
2,375 views
145

 Published On Premiered Oct 17, 2020

💎 💎 💎 💎 💎 💎 💎 💎 💎

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Puan Haslinda binti Haji Jedi, sebagai pengetua di SMK Dato Permaisuri. Sesungguhnya, perpindahan beliau memberi kesan malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Puan Pengetua yang kami kasihi ini.

Kepimpinan Puan selama memimpin dan menerajui SMKDP telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SMK Dato Permaisuri Miri amat berbangga sekali kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua, namun dengan kehebatan, kecemerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SMK DP dalam meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak produksi pembikinan video Khas bersama bekas pelajar Mohd Allienie, Emmelyn Juan & Clarence Avit ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan di atas tunjuk ajar dan peluang dalam meneraju beberapa aktiviti besar sekolah. Kita berdoa semoga Tuhan yang maha Esa akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Mama Haslinda, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Terima kasih!

*𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘥𝘪𝘶𝘤𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘎𝘶𝘳𝘶, 𝘈𝘒𝘗, 𝘣𝘢𝘳𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘸𝘢𝘴 𝘏𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯, 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘢𝘴𝘳𝘢𝘮𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘩𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘝𝘪𝘥𝘦𝘰 𝘒𝘩𝘢𝘴 𝘪𝘯𝘪. 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘪.

🇹‌🇩‌🇵‌ 🇭‌🇪‌🇧‌🇦‌🇹‌: 🇬‌🇴‌ 🇫‌🇺‌🇷‌🇹‌🇭‌🇪‌🇷‌, 🇷‌🇪‌🇦‌🇨‌🇭‌ 🇧‌🇪‌🇾‌🇴‌🇳‌🇩‌ & 🇸‌🇭‌🇮‌🇳‌🇪‌ 🇱‌🇮‌🇰‌🇪‌ 🇦‌ 🇩‌🇮‌🇦‌🇲‌🇴‌🇳‌🇩‌!

show more

Share/Embed