TEMPAT MENARIK DI MANJUNG | TELOK SENANGIN | PAYA BAKAU BANDAR | TELUK BATIK | LUMUT WATERFRONT
WAKJAY CHANNEL WAKJAY CHANNEL
11.2K subscribers
8,309 views
58

 Published On May 6, 2023

Lumut merupakan sebuah bandar pantai yang terletak di negeri Perak, Malaysia. Terkenal dengan keindahan pantainya, Lumut semakin popular sebagai destinasi pelancongan terutamanya pada musim cuti. Selain daripada pantai, terdapat banyak tempat menarik di Lumut yang boleh dilawati oleh pelancong.

Teluk Senangin

Pantai yang ditumbuhi pokok rhu di sekitarnya, Pantai Teluk Senangin adalah sebuah anugerah alam yang mempesonakan dengan pasir halus dan ombak yang tenang, menjadikan ia salah satu pantai pilihan untuk bermandi-manda dan beraktiviti air oleh penduduk setempat.

Selain itu, anda juga boleh merancang menaiki bot untuk menikmati keindahan pantai dalam perspektif yang berbeza sambil disapa angin yang menyegarkan. Kalau anda nak tahu, dari kawasan pantai ini juga anda boleh terlihat Pulau Pangkor yang terletak di tengah-tengah laut.

Yang bestnya, walaupun pantai ini tidak kurang hebat keindahannya, ia agak tenang berbanding Pantai Teluk Batik kerana lebih ramai pengunjung memilih untuk ke sana berbanding Telik Senangin. Nak lebih privasi? Tak perlu lihat tempat lain lagi.

Bazaar Lumut

Tidak jauh dari Lumut Waterfront, adalah sebuah tempat bershopping dengan bangunan berwarna merah yang dibuka khas untuk para pelancong yang datang dari jauh kerana di sini anda dapat membeli pelbagai kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut yang termasuklah ikan bilis bermata biru, hasil laut yang terkenal di Lumut.

Lumut Waterfront

Sekitar 1 km dari Jeti Lumut adalah sebuah lagi tarikan, Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air tenang di sepanjang sungai. Anda juga boleh menikmati makanan seperti ais kacang yang terdapat di sini dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh.

Di samping itu, anda boleh juga menyewa basikal ataupun skuter elektrik dalam harga yang berpatutan untuk makan angin di sekitar waterfront dengan cara yang baru. Asyik berjalan kaki je kan? Naiklah skuter atau basikal pula, barulah dapat merasa pengalaman percutian yang berbeza sikit, setuju?

Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau yang terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki.

Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar.

Pantai Teluk Batik

Sekiranya sewaktu bercuti ke Lumut anda tidak singgah ke Pantai Teluk Batik, tersangatlah rugi kerana di sinilah terletaknya sebuah pemandangan indah yang sukar diungkapkan dengan kata.

Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini menjadi pilihan ramai orang yang bercuti kerana kesesuaiannya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat.

TimeStamp:

0:00 Intro
0:20 Teluk Senangin
5:30 Taman Paya Bakau Bandar
11:15 Pekan Lumut Bazzar Lumut
15:46 Lumut Waterfront
16:10 Pantai Teluk Batik Teluk Muroh

show more

Share/Embed