NAGA di Gunung Lesung zaman dahulu, benarkah? Ada penempatan ghaib?
Assapai Music Production Assapai Music Production
76.3K subscribers
57,521 views
0

 Published On Jul 14, 2020

Jurukamera video : Clement Saran & Gabriel Mawat
Video editing : Clement & Maxwel
Suara latar pencerita : Maxwel Franklin Saran
Terbitan : Assapai Music Production
๐Ÿ‘‰Tu bisi tampung dudi hari...

Kampung langgir merupakan sebuah kampung terpencil di pedalaman bahagian Sri Aman Sarawak, Daerah Kecil Lingga yang hanya boleh dikunjungi melalui pengangkutan bot dari pekan Lingga dan Pantu.. Telah didiami sekitar 200-300 tahun yang lalu.

Gunung Lesung menjadi Kebanggaan penduduk di sekitar daerah kecil Lingga yang tinggal di Kampung Menuang, Banting, Engkeranji, Semulong, Munggu Sawa, Keranggas, Menangkin, Langgir dan kampung lain yang lebih sinonimnya dikenali dengan nama Bukit Lingga kerana mempunyai misteri dan keunikan tersendiri yang masih terkenal hingga kini.

Sekarang menjadi daya tarikan dari segi pelancongan kerana telah digazet sebagai Taman Negara. Deruan bunyi air terjun kedengaran dari perkampungan Iban di sekeliling Gunung lesung pastinya mendamaikan minda pengunjung yang datang.

Apatah lagi keindahan dan semangat alam di sekitar kaki Gunung lesung sememangnya sudah sebati dengan penduduk setempat yang mempunyai jiwa memelihara hutan rimba di kawasan tersebut yang dikenali dengan panggilan " Iban Balau "

Sama ada mitos atau sebaliknya, menurut kisah dahulu kala, Gunung Lesung merupakan penempatan para dewa yang dianggap Tuhan kaum Iban yang dipanggil "Petara" iaitu Keling dan Kumang . Hingga kini, masih ada kesan penempatan ghaib yang dikatakan di puncak Gunung Lesung seperti " balai sabung, telaga Kumang, Penampuk Ijau Lang ( tempat bertapa) tapak kaki Sempurai, bangkit Kumang, lubang Remaong. Berdekatan tempat pertapaan, ada terdapat kulit kerang...Fikir-fikirkanlah...bagaimana kulit kerang boleh berada di atas puncak gunung... Ada yang sanggup pergi ke puncak Gunung Lesung untuk bertapa, mohon perlindungan, kesihatan dan sebagainya.

Ramai penduduk di kawasan kaki Gunung Lesung telah mendapat mukjizat oleh para dewa hingga mereka mempunyai kebolehan tersendiri yang istimewa dalam melestarikan adat, budaya, termasuk dalam pembuatan kain tenun pua kumbu serta anyaman tikar.

Sehingga kini, ramai yang masih menyimpan pua kumbu sebagai harta pusaka keluarga dan nenek moyang mereka di sekitar perkampungan Kaki Gunung Lesung.

Dalam bahasa Iban, mereka yang berkebolehan menenun pua kumbu digelar โ€œ Indu Takar, Indu Gar, Indu Sikat , Indu Kebat, tau muntang tau nengkebang " di mana corak tenunan tersebut tidak dapat ditiru oleh orang lain sesuka hati jika si penenun tidak mempunyai "izin" atau fizikal, semangat yang kuat.

Tidak kurangnya ramai juga penduduk di Kampung Langgir pada suatu ketika dahulu berbakat besar dalam budaya seperti mengap, beramban bedungai dan sebagainya.

Manakala di sebelah Kampung Langgir iaitu perkampungan bersebelahan Gunung Lesung, mempunyai lagenda tersendiri air terjun Wong Jampang, terletak di Kampung Munggu Sawa dipercayai dijaga oleh penunggu iaitu Ular Naga yang pernah dilihat menjelma pada zaman dahulu.

Percaya atau tidak, terpulang kepada individu. Ketika ini, di sebelah Kampung Munggu Sawa bukit Lingga dinamakan Gunung doa, tempat bersembahyang penganut agama Kristian.Akan tetapi, mereka masih menghormati budaya dan kepercayaan nenek moyang.

Selain dapat di daki dari Kampung Langgir dan Kampung Menuang, kini, Gunung Lesung juga boleh di daki melalui Munggu Sawa dan ramai pengunjung tempatan, makah luar negara yang telah sampai ke puncak gunung bertujuan melakukan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti lasak, reakreasi, keagamaan dan sebagainya.

Berbalik pada kisah penempatan penduduk Langgir, sekitar 300 tahun yang lampau, sebuah rumah panjang telah didirikan.Tetapi malangnya satu malapetaka telah menimpa iaitu kebakaran rumah panjang sekitar tahun 70-an.

Di sebabkan malapetaka itu, banyak harta pusaka telah musnah termasuk "antu pala" atau tengkorak manusia kepunyaan pahlawan Iban pada zaman "ngayau" atau zaman pemotongan kepala. Pahlawan Iban yang terkenal berasal dari Langgir ketika itu bernama Aki Dang dan Aki Bandan.

Setelah itu, para penduduk di Langgir berpindah ke tapak penempatan baru yang tidak jauh dari penempatan lama dan mereka membina semula rumah panjang yang menghadap Gunung Lesung dan membelakangi sungai Langgir.

Sehingga kini, Kampung Langgir masih didiami dan ramai juga anak jati Kampung Langgir telah mencipta kejayaan dalam pekerjaan dan pelajaran. Sejarah tinggal sejarah...lagenda atau mitos harus dihargai sepertimana kita cintakan kedamaian apabila memandang keindahan Gunung Lesung.

Percaya atau tidak, terpulang pada diri sendiri. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, sila bertanya pada penduduk setempat yang datangnya dari perkampungan kaki Gunung Lesung @ Bukit Lingga yang masih dahagakan kemajuan....Hasil nukilan : Anak jati Kampung Langgir & Munggu Sawa - Maxwel Franklin Saran @ Ijau

show more

Share/Embed