MEMORI 25 TAHUN | Upacara Pembukaan Rasmi Kuala Lumpur 98 Sukan Komanwel ke-16 | 11 September 1998
Buletin TV3 Buletin TV3
2.02M subscribers
38,700 views
815

 Published On Premiered Sep 11, 2023

Hari ini, 25 tahun yang lalu berlangsungnya acara gilang-gemilang Upacara Pembukaan Rasmi Kuala Lumpur 98, Sukan Komanwel ke-16 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia adalah negara Asia pertama yang terpilih menganjurkan temasya berkelas dunia itu dan yang terakhir pada abad ke-20.

Upacara berkenaan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang turut diserikan lagi dengan kehadiran Putera Edward, putera bongsu kepada Mendiang Ratu Elizabeth II yang ketika itu menyandang jawatan Presiden Persekutuan Sukan Komanwel.

Dalam upacara yang berlangsung hampir 4 jam itu, para penonton dihidangkan dengan persembahan-persembahan bertaraf dunia diiringi nyanyian artis-artis terkenal tanah air iaitu Raja Gambus, Allahyarham Fadzil Ahmad, Siti Nurhaliza, Roy, Noraniza Idris dan Anuar Zain.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di:
Facebook:   / buletintv3official  
Twitter:   / buletintv3  
Instagram:   / buletintv3  
Website: https://www.buletintv3.my
TikTok:   / buletintv3  

#BuletinTV3 #SUKOM98 #SukanKomanwel #KL98 #KualaLumpur98 #commonwealthgames

show more

Share/Embed