SK KG. EMPILA - MOSTI STEM CHALLENGE 2024 (Montage)
TVPSS SEKOLAH KEBANGSAAN KG. EMPILA TVPSS SEKOLAH KEBANGSAAN KG. EMPILA
457 subscribers
1,092 views
30

 Published On Jul 31, 2024

PROGRAM SCITECH4U STEM CAMP MOSTI SK KG. EMPILA 2024

SAMARAHAN, 1 OGOS 2024 - Program SCITECH4U STEM CAMP anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berjaya dilaksanakan di SK Kg. Empila, Kota Samarahan, Sarawak selama tiga hari bermula 30 Julai hingga 1 Ogos 2024. Pelaksanan program ini adalah bersama PIBG SK Kg. Empila, Panitia Sains, Panitia Matematik, Panitia Reka Bentuk Teknologi & Kelab STEM SK Kg Empila 2024.

Majlis Penangguhan program dihadiri Puan Aziah Samsudin, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan dan dua orang pegawai MOSTI, Puan Urawani Krishnan dan Cik Nurul Amirah Fakhira binti Ishak bertempat di Dewan Sri Villa Kampung Empila.

Antara program yang telah dijalankan sepanjang tiga hari ini ialah Kuiz Matematik, Bina Bahan Matematik, Reka Cipta Tabung, The Amazing Maths Race, My Science Notebook, Lappy Book, Candy Tower, Bridge Building, Water Rocket, Young Scientists, dan Pameran STEM melibatkan seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti Kampung Empila.

Seramai 35 orang peserta jemputan dari sekolah terdekat iaitu SK Kg. Melayu, SK Tanjung Tuang, SK Endap, SK Rebak, dan SK Meranek turut menyantuni jemputan daripada Guru Besar, Encik Wan Suhardi bin Wan Dahlan untuk memberikan pendedahan STEM kepada murid-murid bersempena program ini.

SK Kg. Empila mengucapkan ribuan terima kasih semua yang terlibat khasnya warga sekolah dan seluruh AJK STEM 2024 atas kerjasama dan komitmen yang sangat baik bagi memastikan semua anak-anak sekolah memahami dan mendalami ilmu STEM dan dapat memberi impak positif kepada para murid.

Together We Unite!

show more

Share/Embed