Darurat Sistem Pendidikan Malaysia
hasrizal hasrizal
15.7K subscribers
973 views
72

 Published On Jun 25, 2023

Pukul 3 pagi tadi, saya bersekang mata mengikuti perbincangan Persidangan Meja Bulat: Fenomena Keciciran Pelajar Lepasan SPM: Menelusuri Penyelesaian Polisi yang dianjurkan oleh International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia . Udah mengantuk bebenor, bercakap di hujung majlis pun dah macam tak boleh nak keluar butirannya.

Pendidikan kita sudah di tahap darurat. Tapi sebab darurat pendidikan ini tidak melelehkan darah atau mayat bergelimpangan, maka ramai sahaja yang menafikannya.

Usul saya ialah KPM perlu diakui gagal memainkan peranannya.

Gagal ini bukan bermaksud menteri ini atau menteri itu, kerajaan ini atau parti itu, malah bukan juga bermaksud menyalahkan guru. Gagal ini adalah kegagalan sistem. Kegagalan kita bersama.

Menggajikan setengah juta guru, dengan nisbah guru kepada murid yang luar biasa mewah, tetapi pelajar keciciran SPM, keciciran sekolah, tak gagal lagikah ini?

Ada sebuah negara yang korang menyampah tu, beberapa puluh tahun sudah, apabila kerajaan pusat tak ada duit nak bagi, mereka terpaksa beri autonomi kepada sekolah. Oleh kerana kami tak bagi duit, maka kami tak boleh banyak kerenah. Kalian gerakkanlah sekolah masing-masing... lebih kurang gitu maknanya.

Bermulalah era desentralisasi yang rupa-rupanya menjadi formula transformasi pendidikan besar-besaran di negara yang korang menyampah tu.

Maka kegagalan ini harus menjadi wake up call untuk membolehkan pengetua di sekolah-sekolah menggunakan kuasa autonomi menentukan apa yang lebih diperlukan oleh murid mereka. Banyak sekolah yang keutamaannya bukan akademik, maka pilihan-pilihan lain boleh diberi keutamaan di sekolah berkenaan.

Ia berbalik kepada falsafah asas pendidikan bahawa kita mewujudkannya untuk memenuhi keperluan pelajar, bukannya pelajar perlu datang ke sekolah memenuhi KPI kita.

Entah, selebihnya, sapa yang nak Allah sayang, Nabi sayang, tontonlah video 10 minit ini. Kalau komen sekadar nak bertengkar, saya dah tak lalu. Dah tua. Siapa yang nak membebel, good luck.

Kalau ada yang dengan sinis kata ke saya kalau pandai sangat apply la kerja dengan KPM, jawapan saya mudah sahaja, kalau saya kerja dengan KPM, saya kena stapler mulut menyertai anda yang menurut perintah.



đź“Ś

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon:   / hasrizal  
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

show more

Share/Embed