Buat SATU perniagaan atau BANYAK Perniagaan?
Irfan Khairi Irfan Khairi
266K subscribers
748 views
39

 Published On Feb 20, 2024

Perkara biasa yang kita dengar adalah, fokus pada satu perniagaan, kalau perniagaan itu gagal adalah kerana kita tak fokus dan nak buat macam-macam sekaligus.

But, don’t put your eggs into one basket…

Anda juga mesti pernah dengar peribahasa ini kan? Maksudnya jangan anda letak semua telur dalam satu bakul, kerana kalau bakul itu jatuh, semua telur pecah. Jadi, kalau anda hanya bergantung kepada satu pendapatan, dan jika perniagaan itu merundum, anda akan hilang punca pendapatan.

Dan hakikatnya, semua syarikat besar akan ada multiple revenue streams dalam menjana pendapatan mereka. Kalau syarikat besar ada pelbagai perniagaan sekaligus, maksudnya kita juga sebagai usahawan kena pelbagaikan punca pendapatan. Macam saya sendiri, ada 15 perniagaan… !!

Alhamdulilah, saya dapat menemubual En. Salman Ghazali, Ketua Pegawai Strategi, FGV Holdings Berhad. Dimana beliau berkongsi dengan lebih mendalam tentang bagaimana FGV mencari peluang-peluang di luar sektor sawit.

Hebat dan sangat berbangga kerana pelbagai produk-produk yang saya gunakan, tanpa saya ketahui adalah dari FGV rupanya. Jom sama-sama kita dengar temubual ini.

show more

Share/Embed