Throwback pembukaan WCE Bukit Raja (U) - Assam Jawa | Seksyen 6
dontpushpush dontpushpush
10.5K subscribers
7,081 views
161

 Published On Nov 20, 2023

Perkembangan semasa bagi Highway E32 West Coast Expressway (Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat) dari Persimpangan Bukit Raja (U) sehingga ke Plaza Tol WCE Assam Jawa (Persimpangan Ijok Lebuhraya LATAR) daripada pandangan action cam. Video diambil pada 31 Oktober 2023.

Lebuhraya ini akan menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping di Perak. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014

WCE sepanjang 233 kilometer (km) mula dibina pada 25 Ogos 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak.

Tujuh pakej di Selangor meliputi laluan Banting ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 11 kilometer (km), SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (SAE) (7.2km) dan SAE ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)/Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) sejauh 10.1 km. Pakej seterusnya membabitkan laluan NKVE/FHR2 ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sepanjang 4.5km, NNKSB ke Kapar (9.7km), Kapar ke Assam Jawa (21.8km) dan Assam Jawa ke Tanjong Karang (29.5km)

Subscribe dan like channel ini. Biarpun takda specific tujuan bagi channel ini. huh.

========================
SPECIAL THANKS!!

show more

Share/Embed