Ep 6. Keretapi Laju Haramain Dan Pasang Niat Umrah, Alat Komunikasi Khas Rayhar Untuk Tawaf & Saei
Rayhar Studio Rayhar Studio
7.97K subscribers
4,588 views
46

 Published On Premiered Sep 30, 2022

Dengan pelbagai kecanggihan teknologi terutama dari segi pengangkutan, kini perjalanan untuk melakukan ibadah haji serta umrah semakin hari semakin cepat dan pantas.

Bukan sahaja adanya kemudahan kapal terbang, malah perkhidmatan kereta api laju dari Madinah ke Mekah juga banyak membantu para jemaah memendekkan lagi tempoh perjalanan ibadah mereka dengan kelajuan 300 kilometer per jam

Setelah tiba di stesen kereta api prosesnya hanya imbas tiket, pemeriksaan diri dan bagasi.

Dinasihatkan terus berniat umrah apabila di dalam kereta api kerana khuatir kita leka mengambil gambar pemandangan atau sebagainya. Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit kereta api mula bergerak.

Seterusnya Wasiril bersama-sama kumpulan Rayhar akan mengerjakan tawaf dan saei sambil dibantu oleh Mutawwif. Sesuai dengan peredaran zaman, Rayhar menggunakan pendekatan alat bantuan komunikasi untuk memastikan Jemaah masih dalam pengawasan Mutawwif walaupun berada jauh dari kumpulan. Jemaah akan mendengar alunan talbiah serta dipandu bacaan doa dan ayat al-quran oleh mutawwif dari receiver tersebut. Alat tersebut akan disanitasi terlebih dahulu sebelum dan selepas digunakan.

Ikuti Siri Rindu Haramain menceritakan pengalaman baru Wasiril Aswad menunaikan Umrah bersama Rayhar Travels Sdn Bhd sebaik sahaja Arab Saudi membuka pintu menjemput tetamu-tetamu Allah seluruh dunia bagi menziarahi kedua tanah suci Makkah dan Madinah

0:00 - Pengenalan
0:45 - Keberangkatan ke Tanah Suci Makkah
2:45 - Cara Pakai Ihram
3:50 - Tiba di Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain Madinah
4:41 - Panduan Niat Umrah di Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain
6:05 - Menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain
6:56 - Perkhidmatan Mini Cafe di dalam Kereta Api
7:40 - Tiba Stesen Kereta Api di Makkah
8:30 - Review Alat Bantuan Komunikasi Khas Rayhar
9:47 - Post Mortem Umrah

►Mulakan Pra-pendaftaran Umrah anda
https://rayhar.net/nak-tanya-umrah

►Subscribe dan tekan loceng untuk lihat video-video terbaru:    / rayhar  

►Lihat Pakej Umrah, Haji atau Pelancongan Islamik
https://www.rayhar.com

Layari Media Sosial kami:
►Facebook:   / officialrayhartravels  
►Instagram:   / rayhartravels  

#jomrayhar #rayhar #rayhartravels #umrah2022

show more

Share/Embed