الابتكار في تعليم اللغة العربية | INNOVATION LEARNING ARABIC LANGUAGE: FUN WAY
MUAZ MOHD NAJIB MUAZ MOHD NAJIB
99 subscribers
37 views
0

 Published On Dec 29, 2023

Innovation Arabic Language Learning: Fun Way merupakan satu program di bawah kelolaan Kelab Bahasa Arab Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Program ini bertujuan adalah untuk mengenalpasti inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab terutamanya di era milenial 4.0. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan pengajaran kreatif kepada mahasiswa/i khususnya bakal guru dan ingin mengetahui cara penghasilan sesuatu inovasi yang mudah dan menarik.

Terdapat dua sesi pada program ini iaitu slot pertama mengenai penerangan inovasi dalam pengajaran Bahasa Arab dan perkongsian mengenai tatacara penghasilan bahan inovasi tersebut. Slot kedua disusuli dengan sesi praktikal. Melalui program ini, semua ahli kelab yang berdaftar dan mahasiswa/i Lajnah Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berpeluang untuk memantapkan pengetahuan berkaitan kepentingan dalam menghasilkan inovasi dalam pengajaran khususnya Bahasa Arab.

Diharapkan agar program yang telah berlangsung ini dapat membuka mata dan minda peserta akan kebaikan dalam penghasilan suatu inovasi pengajaran lebih-lebih lagi mata pelajaran Bahasa Arab.

show more

Share/Embed