VIDEO PROMOSI PENYERTAAN SELURUH WARGA KE PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK 2021
SILAT SENI GAYONG SARAWAK SILAT SENI GAYONG SARAWAK
5.24K subscribers
1,203 views
95

 Published On Feb 22, 2021

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK – pada permulaannya ditubuhkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nama asalnya iaitu PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING (PSSGK) pada 10 Disember 2008 dengan nombor pendaftaran 2077-08-SWK beralamat di NO. 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, 93050, Kuching, Sarawak (rujuk Sijil Pendaftaran).
Pada permulaanya, pertubuhan ini didaftarkan untuk memastikan segala perjalanan dan pengurusan pentadbiran supaya lebih telus yang paling penting sebagai pertubuhan yang berdaftar. Pada Ketika ini pertubuhan induk yang berpusat di Kuala Lumpur iaitu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) telah didaftarkan di PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran APS 149/1998. Seharusnya, sebagai sebuah pertubuhan cawangan bertaraf negeri; PSSGK, mengikut perundangan perlu membuat pendaftaran kerana Silat Seni Gayong hanya mempunyai satu pertubuhan utama iaitu PSSGM. Namun, mengikut undang-undang juga, AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak sehinggalah tahun 2011.
Untuk membolehkan meneruskan perjalanan Silat Seni Gayong, PSSGK bergerak sebagai badan kecil untuk mengurus perjalanan pertubuhan ini di Sarawak dan Bahagian Kuching umumnya.Pendaftaran ini juga penting untuk menjadi bukti bahawa Silat Seni Gayong telah berkembang di Sarawak dengan jenama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING. Pada ketika ini, dari tahun 2008 ke 2010, terdapat 4 cawangan Silat Seni Gayong Malaysia iaitu, Gelanggang Khalifah Besar (Kuching), Gelanggang SMK Matang hilir (Kuching), Gelanggang Universiti Malaysia Sarawak (Samarahan) & Gelanggang UNIMAS Kampus Bandar Kuching (MEDIC).
Oleh kerana mempunyai 3 cawangan bertaraf bahagian dalam Sarawak, maka usaha untuk menggerakkan pertubuhan ini dilakukan dengan mendaftar pertubuhan ini bertaraf negeri dilakukan dengan bantuan Setiausaha Agung PSSGM pada ketika, Tuan Haji Anuar Abdul Hamid. Kebetulan, pada ketika itu, pemakaian Akta Pembangunan Sukan telah boleh digunapakai untuk Sabah dan Sarawak setelah beberapa pindaan dilakukan. Oleh itu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK ditubuhkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran 4228/2011 pada 20 Jun 2011.
Dalam masa yang sama, PSSGK dibawah JPPM masih digunapakai kerana pada tahun 2010, pihak pertubuhan ini telah membuat satu perjumpaan besar-besaran di Tebingan Kuching Sarawak pada Disember 2010. Pada ketika itu, PSSGK sudah didatangi oleh pihak SB Kuching untuk memastikan pertubuhan ini bukanlah pertubuhan bersifat subversif dan boleh mendatangkan ancaman kepada negara.
Pada perhimpunan itu, para jemputan dan dif-dif kehormat terdiri daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan, En. Pandi Suhaili, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Pehin Sri Abd Taib Mahmud, Yang Di Pertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah, ACP Mun Kok Keong, Ketua Polis Bahagian Kuching, Encik Feriz Omar, Penasihat dan Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dif-dif kehormat yang lain.
Melalui perbualan di dalam telefon di antara Cikgu Muhammad Khawar dan Setiausaha Sulit Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beberapa garis panduan yang perlu pihak pertubuhan akur dan patuhi adalah seperti berikut;
1. Pertubuhan ini mesti berorientasikan semangat anak Sarawak
2. Pentadbiran pertubuhan perlu dipimpin dan diketuai oleh anak Sarawak walaupun pertubuhan di peringkat Kebangsaan diketuai oleh Penduduk Semenanjung Malaysia.
3. Gurulatih dan tenaga pengajar perlu anak Sarawak
4. Mengutamakan anak Sarawak supaya anak Sarawak diberikan peluang yang lebih utama
YAB Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu juga ingin pihak PSSGK mengesahkan jurai keturunan Tuan Haji Uthman YDP PSSGK sebagai anak saudara kepada Pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhoby. Oleh itu, satu lawatan ke Sibu yang diketuai oleh YDP PSSGK dan berjumpa dengan Kakak kepada Rosli Dhoby iaitu Yak Fatimah Dhoby atau gelaran di pihak keluarga YDP “ Wa Yak”.

Pertubuhan menanti anda untuk menyertai kami. Kami sekadar ingin berkongsi kehebatan warisan budaya Bangsa kepada yang sepatutnya. dan ianya merupakan fardu kifayah ke atas kami. Adakalanya musuh tidak kenal rupa dan tempat. Oleh itu, kita hendaklah mempersiapkan diri supaya tidak "terjerat" dalam sandiwara manusia yang mulutnya bagaikan bercabang 3.

Berminat menyertai kami? Hubungi 017-8465003 (whatsapp sahaja) atau ke Page Kami:   / gayongsarawak  

Jangan lupa, KLIK SUBSCRIBE/ LIKE/ SHARE VIDEO KAMI untuk video-video menarik

silat gayong,
silat harimau,
silat malaysia,
silat melayu,
silat gayong malaysia
silat seni gayong malaysia
pssgm
pssgs
pssgm kebangsaan
silat gayong sarawak
silat sarawak
silat rumpun sarawak
Dato' meor abdul rahman
ADMAR
Borneo
Sayangi Sarawak

show more

Share/Embed