NSF Pro-Stock Race Vol.1 @ HobiKami | Sponsored by R.Zone [Mini 4WD | ミニ四駆]
Menan Adam Channel Menan Adam Channel
7.87K subscribers
5,022 views
87

 Published On Premiered Jul 2, 2022

NSF buat pertama kalinya telah menganjurkan satu event race!! Dan kategori yang dipilih adalah PRO-STOCK!!

Event ini dihadiri oleh 25 pelumba yang dipilih dari kalangan newbies @ amatur yang masih lagi baru belajar berlumba, bersesuaian dengan misi event ini iaitu untuk memberikan pengalaman kepada pelumba-pelumba baru dalam dunia Mini 4WD.

Event ini telah di sponsor oleh R.ZONE & juga NSF sendiri. Pautan ke laman Shopee R.ZONE adalah seperti di bawah:

https://shopee.com.my/rzoneplus?smtt=...

======================

Event-event yang dianjurkan oleh pihak NSF adalah bersifat non-profit dan sekadar untuk memberikan pendedahan baru kepada peminat sukan Mini 4WD yang masih baru berjinak-jinak dengan hobi ini.

Setiap pelumba dikenakan bayaran fee sebanyak RM20. Dan setiap pelumba akan mendapat saguhati bernilai RM16-RM22, makanan & minuman tengah hari, serta Voucher sebanyak RM5 daripada R.Zone sendiri. Berbaloi kan? Nak tau apakah saguhatinya, silalah tonton dalam video ini ya 😆😆 Yang pasti, Mee Goreng Ayam dari katering AF Food HQ memang sangat sedap!! 🤤

Setiap pelumba juga diberikan sebanyak 8 slot seorang. Cukup bagi membuatkan semua yang hadir berpuas hati dapat berlumba dengan jentera hasil air tangan sendiri!

Event berlangsung selama 4 jam termasuk 1 jam rehat. Semoga semua peserta berseronok dan enjoy sepanjang event ini dijalankan. Terima kasih kepada penganjur, sponsor, dan pemilik premis.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kami. Semoga kita bertemu lagi pada event yang akan datang. Jangan lupa Like & Subscribe!!

Terima kasih!!!

show more

Share/Embed