Ride Malaysia | Solo Kapcai Negeri Sembilan Part 2 | Station KTM Gemas Lama
Jalan Lihat Dengar Jalan Lihat Dengar
6.6K subscribers
8,046 views
175

 Published On Oct 20, 2020

Ini episod kedua siri Ride Malaysia solo kapcai pusing 300km keliling sebahagian Negeri Sembilan sambil mencari tempat menarik yang mungkin ramai tak tahu. Destinasi kedua ialah Stesen Keretapi Gemas Lama yang mula digunakan pada tahun 1909. Selepas stesen baru dibuka pada tahun 2012, stesen lama ini dibiarkan begitu sahaja walaupun kedai-kedai makan di situ terus beroperasi.

Bila tengok di internet dan social media, stesen keretapi lama ni jadi pilihan wedding photography sebab rupa tempat ini yang kelihatan rustic atau nostalgia. Tapi sebenarnya, stesen ini adalah salah satu manmade marvels yang terhebat di negara kita. Pada tahun 1909 lagi stesen ini telah menjadi titik tengah yang menghubungkan semenanjung Malaysia dari Seberang Prai, Pulau Pinang, Tumpat Kelantan hinggalah ke Singapura.

Pada awalnya, fungsi keretapi adalah untuk menghantar produk-produk dari lombong ke pusat perlabuhan kapal. Kemudiannya, baru mula membawa penumpang.

Setelah bertahun stesen ini tidak digunakan, aku diberitahu pegawai KTM Gemas akhirnya 2 bulan lepas, pada Ogos 2020 preservation work telah dijalankan untuk menjadikan tempat ini sebagai galeri atau muzium. Setakat ini, Muzium KTM terletak di stesen JB Sentral, Johor, tapi muzium ini tidak dibuka.

Kalau korang ada destinasi menarik di tempat korang yang mungkin tak ramai yang tau, tinggalkan komen atau mesej je Jalan Lihat Dengar di YouTube, Facebook dan Instagram, Insyallah aku akan pergi untuk tengok sendiri tempat2 ni dalam usaha untuk mendokumenkan kecantikan tanahair kita, Malaysia.

show more

Share/Embed