“I was born to play soccer.. so this is my story..” -
Hadif & Habil Channel Hadif & Habil Channel
257 subscribers
83 views
3

 Published On Feb 23, 2024

Atas permintaan pengurusan FFA, ummi bukan kena buat video untuk team U12 sahaja, video untuk abang pun perlu disiapkan kerana difahamkan abang akan menerima Anugerah Khas pada malam dinner tersebut.

Seharian mengambil masa nak mencari ilham. Sambil edit, sambil menahan sebak, melihat minat dan kesungguhan abang pada sukan bola sepak sejak kecil lagi. Biarlah orang kata sukan bola sepak ini tak bawa ke mana pun, kami ibu ayah sentiasa beri sokongan untuk abang.

Maybe pada orang lain biasa2 sahaja, tapi membesarkan anak bujang yang sentiasa rasa dirinya tidak sehebat orang lain, perwatakan yang diam, terlalu malu & sentiasa menundukkan muka bila berhadapan dengan orang, bukanlah sesuatu yang mudah 😭.

Namun dengan sukan bola sepak ini lah yang sedikit sangat membantu dia memperbaiki kelemahan diri dan membina identiti nya yang tersendiri. Sukar untuk percaya yang hari ini, akhirnya kami penuh tawakal untuk melepaskan anak bujang ini untuk meneruskan cita-citanya. 🥹

Terima kasih Fireball FA kerana menjadi sebahagian daripada memori indah Hadif sepanjang 8 tahun Hadif di akademi ini. Terima kasih buat semua parents yang banyak membantu Hadif dari urusan logistik. Terima kasih buat semua kawan-kawan Hadif yang sudi bersahabat dengannya. Doakan Hadif berjaya dunia dan akhirat. 🥲

Kapten FFA U12,
- sign off -

show more

Share/Embed