Menganal perbedaan baka durian terpilih musang king, duri hitam, ioi, dan tekka
D'kebun Andak D'kebun Andak
15.1K subscribers
19,934 views
430

 Published On Oct 27, 2021

#durian #musangking #durianbawor

Perkara pertama seorang penanam durian perlu melakukan dengan betul ialah apabila memilih benih pokok durian untuk ditanam.
Isu ini bukan tentang harga samada mahal atau murah tetapi lebih kepada pemilihan jenis klon anak benih yang hendak ditanam dan kebolehupayaan anak benih itu untuk hidup dan membesar.

Kesilapan yang biasanya terjadi (dan ia terjadi dengan kerap pada pemerhatian saya) ialah apabila membeli anak benih dari klon yang tidak dalam perancangan penanam. 

Bayangkan, hanya apabila pokok durian berbuah penanam mengetahui anak benih yang ditanam 4-5 tahun dahulu rupanya bukan klon yang dikehendakinya. 

Telah banyak wang, masa dan sumber-sumber lain dihabiskan hanya untuk mengetahui anak benih yang dibelinya dahulu ialah benih D24 dan bukannya D197 Musang King. 

Kesilapan semasa membeli anak benih oleh bakal penanam diburukkan lagi oleh komuniti penjual yang tidak berpengalaman atau orang tengah yang menjual anak-anak benih yang diambil daripada sumber yang tidak diketahui atau daripada nurseri-nurseri yang tidak diketahui kesahihannya. 

Individu-individu sebegini berniaga hanya bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Saya menasihatkan bakal-bakal penanam jangan membeli anak benih di pasar-pasar malam atau melalui online (online seller yang tiada nurseri sendiri- agent/dropshipper).

Menyentuh cara-cara untuk mengenalpasti anak-anak benih dari klon-klon tertentu, sesetengah klon anak benih dapat dikenalpastikan daripada bentuk, tekstur atau warna daun. 

Contohnya ialah Musang King yang mempunyai hujung daun berbentuk cangkuk pada daun dewasa dan berombak di tepi pada daun muda. 

Contoh lain ialah anak benih D200 Duri Hitam yang mempunyai dahan-dahan yang melentok ke bawah. Ciri-ciri ini dapat membantu bakal penanam untuk mengenalpasti kesahihan anak benih yang hendak dibeli. 

Walau bagaimanapun, isunya ialah terdapat klon-klon berlainan yang menunjukkan ciri-ciri fizikal pada daun yang agak sama dan sukar untuk ditentukan. Ada juga klon yang tidak mempunyai apa-apa ciri yang unik. 


Cara terbaik untuk bakal penanam mendapatkan anak benih yang betul ialah dengan membeli anak benih daripada nurseri-nurseri yang tergolong di dalam senarai pensijilan SPBT. Pensijilan ini dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 

Skim pensijilan SPBT ini tidak hanya dikeluarkan untuk anak-anak benih pokok durian sahaja tetapi juga untuk buah-buahan tropika yang lain seperti mangga, nangka, cempedak dan manggis. Dengan kata lain, skim ini diaplikasikan untuk tanaman buahan yang mempunyai kultivar-kultivar yang berlainan. 

Pihak Jabatan Pertanian akan menentusahkan klon/kultivar anak benih pokok durian dengan cara merekodkan sumber scion pokok dewasa yang akan digunakan untuk cantuman oleh nurseri-nurseri. 

Harus diketahui bahawa pensijilan ini adalah tidak wajib bagi pihak pengusaha nurseri. 

Senarai nurseri-nurseri berpandukan negeri yang mempunyai pensijilan SPBT boleh di dapati di laman web Jabatan Pertanian. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Bagi saya, anak-anak benih dibeli daripada nurseri di Kajang, Muar, Bidor dan Kuala Kangsar yang kesemuanya menyertai pensijilan SPBT. 

Saya juga pernah membeli 2 anak benih Musang King daripada Putra Mart, nurseri yang diusahakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang. 

Nurseri ini tidak mempunyai pensijilan SPBT tetapi pada pemerhatian dan reputasi UPM, mereka boleh dipercayai. 

Saya juga ingin menyatakan di ruangan ini bahawa tidak semua nurseri SPBT menggunakan polibeg berlogo SPBT Jabatan Pertanian dan ia juga tidak bermakna nurseri-nurseri yang menjual anak-anak benih di dalam polibeg berlogo SPBT adalah nurseri yang mendapat pensijilan SPBT.  

Di Malaysia sebagaimana juga di negara-negara pengeluar durian di dunia, wujud 3 jenis kategori buah durian iaitu durian ‘kampung’, durian klon dan durian hutan.


RAJA KUNYIT TANAH MERAH

Beza Musang King dan Raja Kunyit, daun raja kunyit lebih tirus berbanding dngn musang king. Even ada seller yang nak kecam dan menghentam fakta baka ini yang tidak digembar gemburkan. Saya berdiri disini untuk menafikan sesetengah mereka yg mendakwa baka ni sama dngn musang king di tempat2 lain yg di tanam.

Rujuk fakta di bawah 👇

Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah.

Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800. Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790.

Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.

Sebelum mati semula jadi (faktor usia) seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit.

#durianmalaysia #durianindonesia #durihitam #ochee #indonesia #malaysia #mothong

show more

Share/Embed