The Iconic Series 5 - Masjid Raja Haji Fisabilillah, CYBERJAYA. - droneview
personaepikTV personaepikTV
2.9K subscribers
346 views
2

 Published On Feb 20, 2020

Masjid Raja Haji Fisabilillah / Masjid Cyberjaya

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya iaitu masjid pertama di negara ini menggunakan teknologi hijau tercalon pada pertandingan The Plan International Award 2016.

Masjid bernilai RM44.3 juta yang dibina oleh ATSA Architects pada 18 Mac 2013 dan siap pada 19 Januari 2015 itu berkonsepkan hijau secara keseluruhannya daripada penggunaan air sehinggalah kepada reka bentuknya.

"Untuk pencalonan bagi anugerah ini, antara ciri dipilih termasuklah sistem keseluruhan masjid ini yang menjimatkan air, elektrik dan penggunaan kitar semula.

"Penyediaan takungan air bawah tanah bagi lebihan air wuduk yang disalurkan digunakan untuk mengepam tandas juga menjadi faktor kepada pencalonan anugerah antarabangsa ini," katanya.

Dibina di tapak seluas 40.4 hektar yang turut menempatkan kampus Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya, kawasan ini juga disediakan dengan enam kuarters untuk kakitangan masjid dan dewan serba guna.

Bagi memastikan penjimatan air, takungan bawah tanah bagi penuaian air hujan dan pengumpulan air wuduk dibina untuk tujuan siraman pokok di sekeliling masjid.

Masjid Raja Haji Fisabilillah atau Masjid Cyberjaya ini adalah rumah ibadat pertama di dunia mendapat pengiktirafan platinum kerana menepati Piawaian Bangunan Hijau (GBI).

Masjid ini yang dapat memuatkan 8,300 jemaah dalam satu masa diilhamkan daripada seni bina Masjid Negara yang asalnya tidak ada kubah.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, rekaan masjid ini turut dibina kubah sebagai simbolik masjid.

Rekaan menggunakan kubah kaca di bumbung solat masjid ini sangat menarik dan ia adalah yang pertama dipasang pada binaan masjid.

Kubah kaca ini yang dipasang menggunakan dua panel kaca pancaran rendang (LE) yang diimpit ukiran seramik berfungsi sebagai penghalang terus matahari.

Masjid ini juga adalah masjid pertama di negara ini menggunakan panel solar yang ditempatkan pada bumbungnya.


Raja Haji Fisabilillah Mosque / Cyberjaya Mosque.

Masjid Raja Fisabilillah Cyberjaya is the principal mosque of Cyberjaya, a town located 30 km north of Kuala Lumpur International Airport.

Also called the Green Mosque, it was constructed in 2006 and named after the former Crown Prince of the Johor-Riau, Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak.

It well-regarded as the first mosque in Malaysia to be awarded with a Platinum – Green Building Index, using energy-efficient LED lights, natural air ventilation, rooftop solar panels, and rainwater harvesting system to cater to over 5,000 worshippers.

Facilities include elevators for the elderly and disabled, a function room for weddings, and a playground for children.

show more

Share/Embed