HABISLAH ABAHCOW! SPRM PANGGIL DR MASZLEE KONGSI MAKLUMAT 1BESTARINET!
ORAITNOPO Channel ORAITNOPO Channel
182K subscribers
4,414 views
213

 Published On Sep 30, 2024

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan pihaknya berkaitan projek 1BestariNet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau sendiri mengarahkan pegawai penyiasatnya berjumpa Maszlee kerana percaya bekas menteri itu mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan SPRM.
"Antara perkara yang kita (SPRM) hendak lihat adalah mengenai isu berkaitan dengan perkhidmatan, data, perolehan dan sebagainya.
"Kita juga bertanya kepada beliau (Maszlee) kenapa beliau mempunyai satu pandangan menentang kontrak ini disambung dan sebagainya.
"Jadi ada perkara lain yang saya tak boleh dedahkan, tapi lebih kurang itu antara skop yang kita tanyakan beliau dan ada beberapa maklumat lagi yang saya tak boleh share (kongsikan) di sini yang kita peroleh daripada beliau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menjadi tetamu pada program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.
===========================================================================
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen kerajaan dalam menangani rasuah bagi meningkatkan keyakinan pelaburan asing dan tempatan.
Perdana Menteri berkata, beliau mengambil pendekatan yang tegas dalam menangani masalah dan gejala rasuah.
"Kita perlu menyelamatkan negara, bagai saya masalah utama adalah tadbir urus yang lemah dan rasuah yang berleluasa," katanya dalam temubual bersama CNBC.
Anwar berkata, pelabur akan lebih yakin apabila melihat konsistensi yang telus dan komitmen kukuh untuk menghapuskan rasuah.
"Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, tiada siapa yang akan melabur secara besar-besaran. Kecuali mereka yang mempunyai aturan rasuah, mereka akan teruskan. Tetapi itu mesti dihentikan, nasib baik ia sudah berhenti.
"Walaupun begitu, kami masih meneruskan misi ini kerana rasuah hampir sistemik. Apabila ia menjadi sistemik, misi dan usaha melawan rasuah mesti dilakukan dengan sepenuh tenaga," katanya.

Sumber Berita
1. https://www.bharian.com.my/berita/nas...
2. https://www.bharian.com.my/berita/nas...

#malaysia #kes1bestarinet #pnbestmenyakau

Join this channel to get access to perks:
   / @oraitnopochannel  

show more

Share/Embed