(Part 01) Sayyidina Ubay Bin Ka'ab r a Penceramah Ustaz Mohd Zulfadli Khalip
Fadhilat Amal Channel Fadhilat Amal Channel
22 subscribers
4 views
1

 Published On Sep 23, 2024

Part 01 Sayyidina Ubay Bin Ka'ab r.a. Penceramah: Ustaz Mohd Zulfadli Khalip

Sayyidina Ubay Bin Ka'ab r.a ialah salah seorang sahabat dan qari yang masyhur. Sebelum memeluk Islam lagi beliau telah pandai membaca dan menulis. Kebolehan itu bukanlah kebiasaan umum dalam kalangan bangsa 'Arab pada masa itu. Setelah kedatangan Islam, barulah kemahiran itu diperluaskan.

Beliau selalu berada di sisi Nabi S.a.w untuk menulis wahyu. Beliau sangat mahir tentang Al-Quran dan beliau ialah daripada kalangan mereka yang telah menghafal seluruh Al-Quran semasa hayat Rasulullah S.a.w lagi. Beliau selalu berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh 8 malam semasa solat Tahajjud.

Ubay r.a paling mengerti tentang Al-Quran

Dari Ubay ibnu Ka’ab r.a dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bertanya;

"Wahai Abul Mundzir, ayat apakah dalam al-Qur'an menurutmu yang paling agung?" Ubay berkata: Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Nabi bertanya kembali: "Wahai Abul Mundzir, ayat apakah dalam al-Qur'an menurutmu yang paling agung?" Aku menjawab: اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ القَيُّوْمُ [ayat kursi, surat al-Baqarah], Ubay melanjutkan kisahnya: Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menepuk dadaku, dan bersabda: "Demi Allah, semoga ilmu mudah engkau capai wahai Abul Mundzir!"

show more

Share/Embed