BATU NISAN UNTUK CIKGU - SHORTFILM | SABAH Screen Fest 2018
TIPTOP CHANNEL TIPTOP CHANNEL
2.21K subscribers
162,114 views
1.6K

 Published On Sep 30, 2018

Irfan mula terpengaruh dengan hasutan Aiman apabila jiwanya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan masalah keluarga yang dihadapinya, Aiman selalu mengajak Irfan ponteng kelas dan merempit setiap petang. Wawa mula merasai perubahan Irfan, coklat yang selalunya diberikan kepada Irfan mula tidak membawa makna kepada persahabatan mereka, Irfan semakin menjauhkan dari dia. Terkesan dengan ayat daripada Cikgu Yuss membuatkan Irfan kembali ke pangkal jalan dan Irfan mula mengenali Erni. Hidup Irfan mula berubah dan kembali bersemangat dengan adanya Erni dalam hidupnya dan pada masa yang sama Aiman mula merasai Irfan telah berpaling tadah meninggalkan kumpulannya, cinta yang mula berputik dalam hati Irfan rupanya hanya seketika apabila Erni menolak cinta Irfan. Kerana amarah, ada nyawa yang terkorban dalam konflik perhubungan antara Irfan dan Aiman, kerana amarah ada nyawa yang terkorban dalam jalan kehidupan yang dipilih oleh Irfan dan ada insan yang bersedia menerima batu nisan itu daripada Irfan, siapakah insan tersebut? Siapa pula yang terkorban?

show more

Share/Embed