VIDEO MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN MEJ JEN DATUK AB AZIZ BIN MOHD SHARIF
Jab Arah Kor Perkhidmatan Diraja Jab Arah Kor Perkhidmatan Diraja
589 subscribers
4,036 views
42

 Published On Sep 18, 2022

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN MEJAR JENERAL DATUK AB AZIZ BIN MOHD SHARIF

TAIPING, 16 Sep 22 - Sempena menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada Tentera Darat Malaysia amnya dan Kor Perkhidmatan Diraja khasnya selama lebih 41 tahun, Mantan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat , Mej Jen Datuk Ab Aziz bin Mohd Sharif telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Rejimental sebagai tanda penghargaan dari Kor Perkhidmatan Diraja buat beliau yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Majlis turut meraikan 5 orang pegawai Kor Perkhidmatan Diraja yang akan bersara pada tahun ini.
Majlis ini telah diadakan di Wisma Perwira Kor Perkhidmatan Diraja yang turut dihadiri oleh Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin, Pengarah KPD, Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan serta pegawai-pegawai kanan KPD.

#KorPerkhidmatanDiraja
#BerkhidmatKepadaSemua

show more

Share/Embed