Tiada yang mustahil, Lt Muda Chan Min Youn buktikan bangsa cina mampu sertai komando
Air Times News Network Air Times News Network
138K subscribers
29,292 views
695

 Published On Apr 29, 2024

KUALA LUMPUR, 29 Apr – “Tiada perkara yang mustahil, hanya perlu minat dan usaha untuk capai sesuatu. Tidak terlintas untuk jadi lain daripada yang lain, hanya mahu berkhidmat untuk negara,” luah Leftenan Muda Chan Min Youn, 25.

Graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, semalam.

Kejayaan beliau menamatkan latihan selama 12 minggu ini telah melayakkannya untuk dianugerahkan Beret Hijau.

Selain dianugerahkan Beret Hijau, beliau juga turut dianugerahkan pisau komando sekali gus bergelar warga Gerup Gerak Khas (GGK).

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, pada awalnya beliau berminat untuk menyertai Latihan Asas Perajurit Muda, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) tetapi hasrat itu ditolak oleh kedua ibu bapanya.

“Walaupun sedih, tetapi saya akur dengan kehendak ibu bapa untuk saya meneruskan pelajaran di universiti. Menjadi seorang tentera adalah matlamat saya yang saya pegang,

“Lepas masuk universiti, saya menyertai Askar Wataniah (AW). Di situlah bermulanya pengalaman dan ‘berpijak’ dalam dunia ketenteraan,

“Disana saya (AW) saya dapat belajar banyak ilmu ketenteraan dan mengetahu kor-kor dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) serta salah satu yang saya minat adalah unit Komando,” ujarnya kepada Air Times.

Artikel penuh: https://www.airtimes.my/2024/04/29/ti...

#komando #ggk #gerupgerakkhas #pulpak #specialforces #pasukankhusus #cina #askarwataniah #atd #sungaiudang #melaka #greenberet #bangsacina #askar #soldier #pertahanan #airtimes #malaysia #tdm #tenteradaratmalaysia #army

show more

Share/Embed