Pengalaman Sebelum Zaman Merdeka dan Berlakon Filem P Ramlee
Basil Mohd Basil Mohd
863 subscribers
26,653 views
241

 Published On Sep 5, 2024

Assalamu'alaikum dan Salam Malaysia Madani! Kami ingin membawakan kepada anda siri eksklusif temubual bersama veteran merdeka yang sempat pada zaman tersebut sebagai tatapan pada generasi Malaysia pada masakini dan insyaAllah pada masa akan datang.

Insan pertama yang kami temui agak bertuah kerana beliau mempunyai banyak kisah menarik antaranya era penjajahan British di Kuala Lumpur, situasi keadaan semasa komunis, makan minum sebelum merdeka dan perasaan beliau tatkala menyambut hari kemerdekaan.

Malah, lebih menarik lagi adalah apabila beliau rupanya dikenali Almarhum Tan Sri P Ramlee dan pernah berlakon bersama sebagai Pelakon Tambahan! Beliau juga antara ramai-ramai yang mengiringi perjalanan terakhir Almarhum. Beliau juga menceritakan momen beliau bersama Puan Sri Saloma, Normadiah, A.R.Tompel dan lebih rapat lagi, dengan Almarhum Daud Kilau.

Saksikan temubual penuh pengalaman Nenek Taksiah binti Mat Serah, dalam video ini. Selamat menonton & terima kasih.

show more

Share/Embed