Kenderaan MALBATT Di Lubnan Diserang
MalaysiaGazette TV MalaysiaGazette TV
887K subscribers
82,949 views
642

 Published On Sep 19, 2024

Dua kenderaan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang diatur gerak dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan terbabit insiden serangan oleh sekumpulan orang awam, kelmarin.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, dalam kejadian jam 5.32 petang waktu tempatan atau 11.32 malam waktu Malaysia, tiga pegawai serta tujuh anggota kelainan pangkat berada dalam dua kenderaan Fitted For Radio (FFR) Malbatt 850-11.

Ketika itu katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah Malbatt 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan di Kem Shama, Markas Unifil.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

show more

Share/Embed