🍭INOVASI LOLIPOP PuKeLang+CJ🍭
Cikgu Lindar Nor Cikgu Lindar Nor
30.9K subscribers
1,214 views
32

 Published On Aug 9, 2022

🍭Inovasi Kad Lolipop telah dijelmakan dengan warna yang terang seperti gula-gula lolipop dan secara tidak langsung mampu merangsang minat murid mengingati fokus atau kata kunci soalan dengan mudah dan pantas.

🍭Inovasi Kad Lolipop ini membantu murid mengingat kata sama makna atau sinonim fokus. Kegunaan inovasi ini seperti di bawah:

✍🏻KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM ✍🏻

🍭Murid mudah mencari FOKUS PELBAGAI BAHAN DALAM SOALAN KARANGAN BAHAGIAN A dengan sentiasa merujuk Kad Lolipop.

🍭Murid mudah mencari KEHENDAK SOALAN ATAU TUGASAN SOALAN DALAM SOALAN KARANGAN BAHAGIAN B dengan sentiasa merujuk Kad Lolipop.

🍭Kad Lolipop ini secara tidak langsung MENAMBAH KOSA KATA MURID-MURID DALAM PENULISAN KARANGAN.

✍🏻KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM ✍🏻

🍭Murid boleh MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN DALAM SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) dengan sentiasa merujuk Kad Lolipop.

🍭Murid mudah MENCARI FOKUS PELBAGAI BAHAN DALAM SOALAN RUMUSAN dengan sentiasa merujuk Kad Lolipop.

💐Penggunaan Kad Lolipop PuKeLang+CJ dapat melahirkan murid boleh berdikari semasa membuat latihan karangan, latihan menjawab soalan KBAT dan latihan penulisan Rumusan.

💐Murid bertambah yakin dalam mencari fokus atau kehendak soalan dan masa juga yang dapat dijimatkan.

💐Kad Lolipop sebagai bahan bantu mengajar yang memberikan impak besar kepada guru dan murid.

😊Kesimpulannya, penggunaan Kad Lolipop PuKeLang+CJ ini dapat mencungkil potensi murid secara individu kerana mereka dapat berfikir secara holistik dan visual.😊

show more

Share/Embed