[Kalau Mengantuk Rehat Dulu 😢]Suami isteri m4ut dipercayai mengantuk memandu bertempung bas ekspres
EPB Emergency Vehicle Channel EPB Emergency Vehicle Channel
64K subscribers
7,737 views
63

 Published On Apr 21, 2023

Suami isteri m4ut nahas bas ekspres, Perodua Myvi

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
21 April 2023, 6:59 pm

KUALA NERUS – Dua individu menaiki kereta Perodua Myvi yang m4ut akibat bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini hari ini merupakan pasangan suami isteri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridah Ahmad, 46.

“Anak perempuan kedua-dua mangsa berusia 18 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang pula cedera.

“Pemandu bas ekspres berusia 51 tahun dan tujuh penumpangnya juga cedera akibat kemalangan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, sewaktu kejadian, Che Ku Yusoff Ali dan keluarga dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Belara di sini manakala bas ekspres itu pula sedang menuju ke Kuantan, Pahang dari Kota Bahru, Kelantan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dinaiki tiga beranak itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Bas ekspres yang berada di hadapan gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa lalu terbalik di tepi jalan.

“Mayat Che Ku Yusoff Ali dan isteri, Siti Faridah di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wan Mohd. Zaki berkata, anak perempuan mereka dan pemandu bas ekspres pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama.

Tambah beliau, tujuh penumpang bas ekspres yang cedera ringan pula dihantar ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo

show more

Share/Embed