Ketukan menyeramkan Hospital Permai | Meremang bulu tengkuk
Andi Explorer Andi Explorer
1.97K subscribers
776 views
49

 Published On May 20, 2023

#explorer #menyeramkan #johorbahru

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang singgah di channel Andi Explorer.Lokasi yang mempunyai kisahnya yang tersendiri sudah wujud sebelum perang dunia kedua.

Hospital sakit jiwa telah dibina di Batu 3 jalan Skudai Johor pada tahun 1916 dan pada tahun 1929 telah ditukar nama kepada Lunatic Asylum kemudian telah berpindah ke lokasi yang baru dan telah dibuka dengan rasmi pada 30 Oktober 1937 dengan keluasan 635 ekar dan hanya 110 ekar sahaja digunakan dengan diberi nama Johor Mental Hospital yang juga merupakan Hospital sakit jiwa termoden ketika itu.

Semasa perang dunia ke 2 hospital ini menjadi tempat penduduk berlindung dari menjadi mangsa perang yang berleluasa pada ketika itu.
Pada 1 April 1952 hospital ini telah beroperasi semula dengan adanya doktor pakar yang membawa banyak perubahan dalam aspek perawatan pada ketika itu.

Pada tahun 1972 Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu telah dengan rasminya menamakan Hospital ini dengan nama Hospital Permai.

Pada sekitar tahun 2012/2013 Hospital ini telah berpindah ke Hospital baru yang terletak berdekatan dan hanya beberapa bahagian sahaja masih digunakan,selebihnya telah dibiarkan sehingga sekarang.

Eksplorasi di wad lelaki yang menyeramkan dan mendebarkan, ada kedengaran beberapa bunyi yang ganjil didengari semasa membuat eksplorasi dan hanya beberapa bunyi sahaja terakam dalam rakaman,ada juga bunyi yang tidak didengari semasa eksplorasi tetapi terdapat dalam rakaman (WALLAHUALAM).

PART 2 ⬇️
   • Suara Sayu Wad Perempuan | Hospital P...  

Jom layan eksplorasi santai dari saya Andi Explorer ( Ketukan menyeramkan Hospital Permai | Meremang bulu tengkuk )

#hospitalpermai #hospitalmental #hospitalsakitjiwa #mentalhospital #hospitalpermailama

TikTok :
  / andi.explorer  

Instagram :
  / explorer_andi  

show more

Share/Embed